Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal Weaning Off Breastfeeding si anak soleh Iman Qhalif.
Biasalah bagi ibu² yang menyusukan anaknya kan. Saat paling sedih bagi seorang ibu yang menyusukan anak adalah saat nak menceraikan/memisahkan susu badan dari anak tu sendiri. Mulut bukan main lagi dok saiko anak bila nak berhenti menyusu. Tapi jauh disudut hati tu...perasaan berat nak weaning off tetap ada. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau perasaan tu.
Abang sado Iman Qhalif...dalam proses nak weaning off breastfeeding di usia 3 Tahun 5 Bulan. Satu tempoh penyusuan yang agak panjang kalau nak dibandingkan dengan abang Iman Hakimi dengan kakak Qahirah dia dulu. Kiranya anak solah Qhalif ni win lah dalam menyusu...hehehe....
Masuk harini dah hari ke 5 Qhalif tak minta 'nenen' @ menyusu. Agak mengejutkan jugak sebab budak ni kalau nak tido mesti nak mengempeng dulu. Tido malam skang pon dah boleh tido sendiri. Tak yah mengempeng pon dah boleh tido. Tepuk²...garu² belakang...erkkkk...dah lelap. Tido pon dengan abang dan kakak. Tak tido ngan ibu lagi dah.
Macam mana boleh weaning off breastfeeding sendiri? Kisahnya...lately bila qhalif breastfeed, aku nyer nipp rasa sakit and pedih. Selalu cakap kat dia 'ibu nyer tek sakit lah dik, tak yah nenen lagi yer. Qhalif pon dah besar. Dah 3 tahun. Dah boleh benti minum susu ibu ni'. agak kerap jugak lah sebut perkataan ni. Dalam sakit² tu, bagi jugak lah. Dah anak nak susu. Takkan nak biar dia menangis kan.
Dari kerap menyusu, lama² kekerapan menyusu tu jadi kurang. Start jumaat last week sampailah pagi ni qhalif dah tak minta 'nenen' lagi. Aku plak yang tetiba boleh jadi rindu nak menyusu kan si qhalif ni. Boleh gittew. Rindu bonding time. Kalau menyusu kan tangan dia suka merayap²...pegang mata kita, pegang hidung kita, usap pipi kita...Alahaiiii...sedih plak rasa. Ibu ko yang emo terlebih ni Qhalif.
Moral of the story buat ibu² yang menyusukan anak diluar sana. Kita sebagai ibu tak perlu lah nak paksa² anak untuk weaning off breastfeeding melainkan atas sebab² tertentu. Ko letak lah benda² pahit ker, masam ker atau cili sos nak kasi nampak nenen tu macam berdarah sekali pon. Kalau si anak tu tak bersedia, memang tak jalan teknik² ni semua. Memaksa untuk anak berhenti menyusu bukan jalan penyelesaian. Sebab memang anak ni akan berhenti menyusu dengan sendirinya bila dia dah bersedia untuk berhenti. Macam Iman Qhalif lah.
Malu sebab orang mengata? Dah immune telinga ni bila orang cakap 'Haaaaa...dah 3 tahun/dah besar masih menyusu lagi. Ada lagi ker susu badan tu?' 'Eeee...malulah dah besar minum susu ibu lagi' 'Tak nak berhentikan dia hisap susu badan ker? Dah boleh benti dah tu'....ppffttttt...#AkuYangMenyusukanKoYangPanas...hahaha...Abaikan jer lah.
Tapi kan...masalah aku bila Qhalif dah weaning off ni, breast masih lagi rasa berat dan penuh. Sakitnya dah nak sampai ke bawah ketiak ni. Takkan bengkak susu kot? Malam tadi try pam. Tapi tak kluar setitik pon susu...huhuhu...Pastu sesaja try sua kat Qhalif. Dia reject hokay. Memang dah betul² weaning off nih. Sapa nak tolong kosongkan breast yang masih berat dan penuh nih,,,,uuwwaaaaaa....Rindu breastfeeding moment.
Kalau nau tau lebih lanjut tentang teknik Weaning Off Breastfeeding. Boleh klik [SINI]
Note: Tunggu next baby lah kalau nak sambung breastfeeding balik. Bila tu? Hurmmmmm... ☺