Selera makan anak² makin bertambah. Kimi memang kuat makan. Qahirah ngan Qhalif yang kurang makan. Teringat member pernah bagitau yang anak dia kurang selera makan. Doctor suggest bagi ubat cacing. Lepas bagi anak dia ubat cacing, memang selera anak dia bertambah. Tu yang try bagi kat anak² sebab seingat aku memang tak pernah bagi lagi #ImanQahirahQhalif ubat cacing. Dah berapa tahun umur dorang skang nih?...ppfftttt...careless ibu.
Minta kat klinik uols. Masa bagi anak² makan memang tak bagitau dorang pon yang tu ubat cacing. Saja IbuAbah pedajal. Kang bagitau tak nak makan plak dorang. Sekali lepas dah habis makan terus tunjuk kat anak² kotak ubat cacing tu. Apalagi...terkedu jap memasing. Aku tambah lagi perasa kata...'habislah...nanti berak kluar cacing'...wakakakaka...menggelabah memasing.
Bukan apa. Teringat dulu bila dimomokkan kata kalau makan ubat cacing nanti berak kluar cacing seketul². Scary wei. Tapi sebenarnya cacing tu dah hancur pon dek penangan ubat cacing ni. Sebenarnya penting bagi ubat cacing kat anak² ni. Aku jer yang tak sedar diri nak bagi kat anak². Kalau uols belum pernah bagi lagi, memang patut bagi anak² makan. Meh baca nih:
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Sumber: [SINI]
Sumber: [FB]
Bukan kanak² jer yang kena makan ubat cacing tau. Orang dewasa pon kena makan jugak. Kalau anda dan anak² ada simptom² seperti di atas, maknanya anda ada masalah kecacingan. Segeralah berjumpa dengan doctor yerp.
Note: Peringatan buat diri sendiri yang tak makan ubat cacing lagi nih...ppffttt...