Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cyberjaya, Putrajaya, Bangi dan kawasan² di Key Ell ni lah.
Adakah dikalangan anda semua peminat UKE @ Ustaz Kazim Elias (Kalau Dah Jodoh)? Atau peminat Ustazah Dato' Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah (Semanis Kurma)? Juga peminat Ustazah Dato' Dr Fatma El Zahra? Jom serbu Symphony Hills, Cyberjaya ☺
Tempat aku mencari rezeki @ UEM Sunrise Berhad akan menganjurkan acara Semarak Muhibbah yang menawarkan penceramah² seperti YBhg. Dato' Dr Ustazah Fatma Az-Zahra, YBhg. Dato' Ustazah Norbahyah Mahamood, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Best kan.
Jadinya...Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersua muka. beramah mesra sambil mendengar ceramah motivasi dari mereka ya. Kalau nak tau, Moderator adalah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf. Pengacara TV Al-Hijrah dan juga pemilik butik muslimah NAJJAH. Program tersebut akan berlangsung pada:
Venue: Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya
Time: 10am – 6pm
Speakers: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Mohammad Kazim Elias and Ustazah Dato’ Dr Fatma El Zahra
Event Highlights:
11.30am – 1.00pm – Exclusive forum with Ustazah Dato’ Siti Norbahyah Mahamood and Ustaz Wan Akashah (Topic: Mencintaimu Hingga Ke Syurga)
2.00pm – 3.15pm – Bicara Bersama Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra (Topic: Ketenangan Hati)
3.30pm – 4.45pm – Santai Bersama Ustaz kazem Elias (Topic: TBA)
* Light refreshments will be served
Teruja tak? Best tak? Best dan teruja tau. Bukan dengar ceramah jer, ada booth² yang disediakan. Salah satu booth adalah booth jubah untuk lelaki. Sebab semalam terserempak kat surau dengan orang yang nak buka booth tu. Raya Haji pon dah nak dekat kan. Boleh lah berjubah di Raya Haji nanti. Sambil dengar ceramah, sambil kita cukur poket...erkkk...hehehe...Nanti aku update booth apa lagi yang ada. Katanya booth tudung FAREEDA pon ada.
Kalau datang ngan anak² kecik, aku cadangkan korang bawak baju lebih. Sebab ada swimming pool. Ko tau lah bebudak dan air memang tak dapat dipisahkan. Menggeletis jer kalau nampak pool. Tempat solat semua ada dan selesa. Jangan risau. Datang bawak diri, bawa camera dan monopod sebab korang kaki selfie kan dan juga bawak duit.
Note: Jom lah datang beramai². Bley kita berlaga pipi ☺☺