Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. Ada 3 kesesakan yang perlu aku tempuh...aarrggghhhhhhhhhhhhh....
Setiap pagi dan setiap hari di Tol Sungai Ramal yang sememang nya tak perlu diramalkan lagi sesak ker tak sesak sebab tiap² hari stuck kat sini dekat 10-15 minit. Pucanya sebab nak masuk laluan kontra tu jer. Kekadang sebelum tol dah sesak. Sampai lah ko nak masuk laluan kontra. Sesak nak mamps sampai kereta ko pon boleh kena himpit kalau ko tak nak megalah. Signal jangan cakap lah. Kalau signal tu boleh bercakap, dah lama dia menjerit kot sebab dah penat blinking. Dah lama bagi signal tapi kedekut nak mati punya orang tak nak bagi jalan...ppffttt....
Setiap petang dan setiap hari lepas balik kerja. Kekadang dah start sesak depan IOI Mall Putrajaya tu. Lagi heaven pernak sesak lepas SHELL SKVE. Pergghhhhh...tak tau nak cakap apa dah. Istighfar jer lah.
Tak habis lagi kisah #makbanyakanak dengan traffic jammed. Baru tempuh 2 kesesakan. Ni kesesakan ke 3 plak. Setiap petang dan setiap hari kecuali Khamis sebab khamis bebudak keluar pukul 6.00 pm. Masa nak amik anak sekolah. Siapa yang amik anak kat sekolah petang² tau tau lah macam mana keadaannya kan. Kiri, kanan, bahu even tengah jalan pon berderet keta. Ibarat jalan ini aku yang punya...hahahaha...gittew lah gamaknya. Tapi meyusahkan orang. Iyerlah...suma orang nak cepat dan nak balik khenn. Terpaksalah jadi selfish.
Kimi kan transit. Pepetang amik dia kat tempat transit. Transit plak depan sekolah kebansaan. Skolah habis pukul 6.35 pm. Memang kena hadap lah hari². Kalau cepat, aku amik qhalif dulu kat nursery. Pastu amik qahirah. Last skali Kimi. Kalau jalan sesak nak mamps, aku amik qahirah dulu. Sebab tu kalau boleh aku kena cepat sebelum bebudak habis waktu. Kalau lewat macam ni lah jadinya. Stuck dekat 10 minit jer kat depat skolah. Traffic light plak ada kat depan tu. Lagi satu hal bila traffic light pon kejap sangat nyalaan hijaunya. Rasa nak bako jer. Lagi rasa terbakar hati bila traffic light rosak. Ya! allah....hazab weiiii.
Tak der jalan lain yang aku boleh lalu untuk elak traffic jammed. Pi mai pi mai tak tu jugak aku kena hadap SETAP HARI, SETIAP PAGI dan SETIAP PETANG. Standard time aku sampai rumah pukul 7.00 - 7.30 pm. Capek memang tak hingat. Nak solat, masak, kerja sekolah anak, anak nak susu, iron baju, basuh baju....sumanya kena cepat. Terkejar² dibuatnya. Memang SUPERMOM kita nih kan.
Tu dia luahan perasaan #makbanyakanak. Konon nak Take a Break. Tak der maknanya. Mesti nak luahkan jugak kat blog.Tetiba bertalu² masuk idea nak menulis. Cuma kekangan masa yang agak terhad telah membataskan untuk aku menulis.
Note: Jangan risau, aku amik gambar masa jalan tengah sesak tak bergerak tau. Bukan sambil drive sambil amik gambar yerp.