Nak Ajar Anak Urus Kewangan Dengan Bijak? Cuba 4 Tips Ini | Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan harian kita kerana mengurus kewangan memerlukan ilmu dan ketelitian dalam merancang aliran keluar masuk wang yang dibelanjakan. Memandangkan kita sedang pun merasai sedikit demi sedikit dari tempias krisis ekonomi, jadi kena lah beringat dalam berbelanja kerana jika gagal mengurus kewangan dengan betul, ianya boleh memberi impak dan kesan dalam perbelanjaan harian. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga besar dengan anak-anak yang masih belajar dan bersekolah.
Sebab itu lah pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik dan mendedahkan ilmu urus kewangan ini kepada anak-anak supaya mereka dapat menjadi seorang yang cerdik kewangan dimana mereka mampu untuk menguruskan wang perbelanjaan harian, bagaimana merancang kewangan, boleh membuat keputusan dalam soal kewangan dan juga belzjar untuk menabung. Macam mana nak ajar anak urus kewangan dengan bijak? Boleh cuba tips ni:
Nak Ajar Anak Urus Kewangan Dengan Bijak? Cuba 4 Tips Ini
1) Libatkan Anak Urus Wang Ketika Membeli Belah
Setiap bulan kan kita akan membeli barangan keperluan harian. Ajar anak untuk bandingkan harga dari jenama yang berlainan tetapi barang yang sama. Barang mana lebih menjimatkan dan berbaloi untuk dibeli. Ajar juga anak untuk memilih barangan yang menawarkan potongan harga. Secara tidak langsung kita mengajar anak untuk menjadi pengguna yang bijak ketika berbelanja.
2) Ajar Anak Membuat Pelaburan
Pelaburan maksud saya menabung dalam akaun yang membeli faedah dan pulangan yang lumayan kepada penyimpan seperti ASB, Tabung Haji atau SSPN. Ajarkan pada anak pengiraan faedah hasil dari wang simpanan yang mereka simpan dalam akaun tersebut. Saya pasti anak-anak akan teruja dengan wang simpanan mereka yang semakin meningkat seterusnya manaikkan lagi semangat anak-anak untuk menyimpan duit.
3) Memupuk Sifat untuk Menabung
Terangkan pada anak kepentingan menabung dan betapa penting nya wang simpanan saat diperlukan jika berlaku kecemasan. Nak bagi anak gembira dan teruja untuk menabung setiap har? Hadiah kan tabung yang mereka suka dan pilih sendiri.
4) Belajar Urus Wang Melalui Games Online
Tak semua permainan atas talian tu tidak berfaedah dan melalaikan kerana terdapat pelbagai pilihan permainan interaktif atas talian yang bercirikan Pendidikan boleh kita jumpa. Bagi menigkatkan lagi kemahiran anak-anak dalam pengiraan dan pengurusan wang, saya galak kan anak bermain permainan berasaskan kewangan di Mortgage Calculator kerana ianya permainan video kewangan dalam talian percuma untuk kanak-kanak. Memang best sebab ada macam-macam jenis permainan. Antara kesukaan saya ialah.
Cashier Simulator
Permainan ni mengenai juruwang yang mengendalikan mesin tunai di kedai runcit. Ilmu yang boleh kita dapat dari permainan ni ialah asas pengiraan. Berapa jumlah keseluruhan yang dibelanjakan dan berapa nilai baki yang perlu dipulangkan. Permainan ni memerlukan daya fokus yang tinggi.
Treze Coins
Permainan tambah wang yang mudah di mana arahan nya menambah syiling untuk depositkan ke dalam mesin gula-gula getah. Matematik mudah untuk bagi anak-anak faham berapa jumlah duit yang diperlukan untuk keluarkan gula-gula getah dari mesin tu. Kalau nilai tidak mencukupi, ada penukar syiling di sudut kanan bawah.
Stocks
Memang best permainan ni sebab saya pun terjebak. Boleh pupuk minat anak dalam pelaburan dengan permainan saham ni. Caranya ialah pemain bermula dengan $500 dan bermain sepanjang 30 hari, dengan matlamat untuk mencairkan saham mereka dan memperoleh keuntungan sebanyak yang mereka boleh dalam sebulan. Cara nya dengan klik buy atau sell denga merujuk kepada graf harga. Kena pandai tengok harga graf dan kena pantas sebab graf bergerak pantas. Macam tu lah orang main saham ya.
Ok… Sekian perkongsian saya dalam topik bagaimana Nak Ajar Anak Urus Kewangan Dengan Bijak. Selain kita ajar secara praktikal, melalui permainan online game juga dapat membantu dimana ianya boleh menguji minda, yang memerlukan kita berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan membuatkan kita berfikir dengan lebih cepat. Yang penting, tiada iklan ketika bermain game.