The Frutzee Family | Resipi Makanan Ringan Yang Sihat untuk Kanak-Kanak
Aku Saturday, October 15, 2016
Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast
terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediakan. Macam
saya, breakfast yang selalu saya sediakan biasanya Roti bakar, nasi goreng, mi
hoon goreng, cekodok dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ni saya bagi breakfast
lain dari yang lain sikit. Apa yang lain tu?
Pernah dengar The Frutzee Family tak? Haaaaa… Sebenarnya ini
produk baru. Produk keluaran Nutri Food ni baru jer dilancarkan bulan Ogos yang
lepas. The Frutzee Family ni merupakan produk makanan ringan sihat yang pertama
bagi kanak-kanak tau. Kalau selama ni kita selalu bagi anak-anak makanan ringan
yang tak berapa nak sihat tu. Tapi apa kata korang cuba makanan ringan The
Frutzee Family ni pulak.
Apa yang best dengan makanan ringan The Frutzee Family ni? Bestnya sebab ianya snek yang sihat
secara semulajadi, enak rasanya, tanpa bahan pengawet, pewarna dan penambah
rasa. The Frutzee Family dikenali sebagai snek siri buah-buahan pertama bagi
kanak-kanak dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas. Penghasilannya
daripada buah-buahan segar sebenar yang dibeku-keringkan sebaik sahaja dipetik
supaya ia dapat mengekalkan segala
zat-zat asli dan kebaikan nutrisi buah-buahan segar. Terdapat 4 jenis rasa
buah-buahan bagi Frutzee iaitu
Crispy Banana
Pisang adalah sumber Vitamin B6 yang sangat baik yang
membantu badan kita untuk pertumbuhan sel-sel baru. Kandungan potassium yang
tinggi adalah penting untuk otot yang baik dan fungsi saraf. Manganese adalah
penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme.
Crunchy Grapes
Kalsium adalah sangat penting untuk diet kanak-kanak kerana
ia menyumbang kepada pertumbuhan tulan dan gigi. Potassium dalam anggur adalah
penting untuk kesihatan jantung. Anggur adalah sangat tinggi dengan vitamin C
yang mengandungi antioksidan yang kuat.
Crispy Apple
Isi apple mengandungi Boron, mineral yang amat penting untuk
kesihatan tulang dan pertumbuhan otot. Pectin mengawal system penghadaman
anak-anak kita. Sebiji Apple mempunya jumlah serat yang sama dengan semangkuk
bijirin. Tinggi dengan Vitamin C, Apple membantu meningkatkan system imun
anak-anak kita.
Crunchy Berry
Kandungan serat yang tinggi dalam Strawberry juga merupakan
sumber folat yang menakjubkan. Ia dipenuhi dengan antioksidan iaitu penggalak
imuniti yang kuat untuk kanak-kanak. Manganese adalah penting untuk kesihatan
tulang dan metabolisme. Phytonutrients dan flavonoids dalam Strawberry membantu
system pencernaan, pemutihan dan kerengsaan kulit.
Menarik sangat kan. Nutrio Food menggunakan teknologi yang
terbukti canggih dan dipatenkan. Buah-buahan dibersihkan dan diletakkan di
dalam ruang vakum untuk disejukkan sehingga suhu 30 darjah Celsius supaya
buah-buahan dibekukan dalam keadaan segar supaya rasa asli dapat dikekalkan.
Macam mana nak nikmati hidangan snek makanan ringan ni? Meh cuba resipi nih.
Bahan-Bahan
1) Fresh Milk
2) Natural Yogurt
3) The Frutzee Family
Campurkan saja The Frutzee Family ke dalam susu atau pon yogurt dan makan ☺
Macam budak ni ha. Qhalif makan dengan yogurt. Makan macam tu saja pon dah ok sebab sedap tau. Dalam banyak-banyak flavor, saya suka flavor pisang. Tapi semua sedap sebenarnya. Boleh lah korang gantikan makanan ringan dengan The Frutzee Family snack ni. Terbaik.
Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk The Frutzee Family. Boleh layari:
Website: www.frutzee.my
Facebook: www.facebook.com/NutrioMalaysia