Anak dara di serang tantrum. Dah 3 hari anak dara ku itu merengek²...menangis...Sampai dah tak tau nak buat apa. Tak pernah² macam nih. Demam aritu pon ok jer, tak meragam. Yang hairannya, start buat hal menjelang petang sampai lah malam. Memang menguji kesabaran betul. Ini lah yang di namakan 'TANTRUM @ Mengamuk tak keruan' atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Tapi selalunya tantrum ni muncul pada usia 15 bulan hingga 6 tahun. Tapi si qahirah tak sampai pon 15 bulan.
Meleleh² air mata. Baru lepas tantrum sebab nak drive keta ngan abah dia skali...bahaya nak oiiii. Bila amik gambar, automatic trus senyap.
Bukan anak jer tantrum, ibu pon turut tantrum gak. Mana taknya, pujuk baik punya pon tak jalan. Bagi nenen tak nak. Tido pon kejap jer, terjaga dari tido trus menangis. Bagi makan tak nak, nak suap sendiri hokey. Bila tak bagi mulalak terbaring menangis². Bila bagi...erk...suka plak. Tapi bukannya makan pon. Lebih kepada main. Kesudahannya...bersepah nasik, pastu sambung tantrum balik....adoiiiiii...pastu bagi air minum sikit, selebihnya main basuh² tangan dalam cawan. Bila amik...terbaring nangis hentak² kaki. Sabar jer lah.
Balik kerja semalam tanye kat bebudak pengasuh kat nursery tu sama ada anak dara tu buat perangai ker tak. Tapi tak der plak....ok jer budak tu cakap. Hhhhmmmmm...dah ok lah tu kot. Tapi sangkaan ku meleset. Start maghrib jer mulalah tantrum nya. Tak boleh nak masak langsung. Sempat buat bubur jer. Itu pon sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi dok kacau bubur. Kita kan 'SUPERMAK' ☺☺☺
Menurut dari info yang aku baca, tantrum ni terjadi berbeza mengikut tahap dan usia kanak²:
1 - Bayi
2 - Anak tatih
3 - Kanak² Pra sekolah
4 - Kanak² yang sudah bersekolah
Kiranya qahirah ni kategori anak tatih. Antaranya anak tatih kuat meradang dan mengalami tantrum atas pelbagai sebab. Antaranya ibu bapa melarang mereka untuk panjat meja, kasut hilang, sarung kaki tak cantik dan sebagainya. Hal ini adalah kerana anak tatih cepat dan mudah berasa kecewa dan tertekan, Kebanyakan anak tatih tidak banyak bercakap kerana kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara berkesan belum benar² berkembang. Jadi, mereka mengalami masalah dalam meluahkan perasan serta untuk memberitahu apa sebenarnya yang mereka mahu kepada orang dewasa. Selain itu juga, anak tatih mengalami sedikit masalah dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Jadi, mereka tidak mamou melakukan banyak perkara yang menyebabkan mereka cepat berasa sedih, putus asa dan kecewa jika tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugas. Tantrum paling banyak ditunjukkan oleh anak tatih apabila mereka berada dalam keadaan lapar atau dalam keadaan sakit, letih dan terlalu gembira. Kalau nak tau selebihnya bley baca kat SINI.
Itu lah kisahnya. Terlalu gembira pon bley tantrum gak kan. Aku pon dah tahu sebab apa qahirah tantrum. Selain lapar dan penat, anak dara tu dalam fasa menahan sakit. Aku perasan pon hari ahad baru nih. Tengok gusi dia bengkak atas dan bawah. Nak tumbuh gigi lagi, mugkin kali ni lebih sakit. Petang smalam ketara sangat air liur dia meleleh ☺☺. Pastu lidah dia nampak macam merah sikit. Kesian anak ibu.
Terdapat beberapa tips untuk mengendalikan tantrum kanak-kanak. Antaranya ialah cuba untuk bertenang. Jika ibu bapa terutamanya, marah, memukul-mukul atau menjerit pada anak yang sedang meradang ia bukannya membantu mengurangkan tantrum malah memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa perlu mengawal diri dan emosi apabila berhadapan dengan anak yang sedang meradang dengan memberikan kata-kata pujukan yang positif kepada anak.
Keduanya, berfikir sebelum bertindak. Ambil masa dalam 30 saat untuk berfikir apa tindakan yang terbaik untuk meredakan kemarahan anak. Terdapat empat cara yang mungkin boleh menangani tantrum iaitu alihkan perhatian Maksudnya, cuba alih kan perhatian anak kepada sesuatu yang lain. Sebagai contoh, jika anak bermain dengan sesuatu yang tidak selamat seperti pisau atau beg duit dan mereka menangis apabila ibu bapa mengambil barang tersebut, ibu bapa perlu memberi barang lain yang boleh dimainoleh anak. Cara ini amat berkesan jika dilakukan kepada anak tatih.
Aku dah buat apa yang di sebut di atas. Bagi barang lain, tapi di campaknya lagi ada lah. Memang memerlukan kesabaran dan ketenangan hati yang tinggi untuk menangani anak tantrum nih. Ibu sendiri bley nangis di buatnya sebab tak tau nak buat apa dah. Harap² tantrum qahirah tak lama.