Penangan Virus Beguk (Mumps) - Tadika Diarahkan TUTUP!!! | Assalamualaikum... Last update hari isnin. Makin lama makin ke laut jer. Bila work load kau makin bertambah lately. Macam ni lah. Nak jenguk blog pon tak sempat. Apatah lagi nak jenguk dan tinggalkan jejak dekat blog kawan-kawan. Rindu nak blogwalking macam dulu. Memang serabut sangat dengan kerja baru ni. Kerja yang kau tak pernah buat. Dapat pulak sejenis orang yang bagi kerja tapi tak explain macam mana nak buat. Pandai-pandai kau lah cari info sendiri.... ppffttt... Kannn.. Dah terluah perasaan. Ok... Back to the title Penangan Virus Beguk (Mumps) - Tadika Diarahkan TUTUP!!!
Sebelum ni aku ada terbaca pasal Virus Beguk yang menular dekat sekolah Putrajaya beberapa bulan lepas. Tapi tak sangka pulak virus Beguk ni tersebar jugak dekat tadika PASTI anak soleh Iman Qhalif. Kalau dulu memang kita familiar dengan beguk ni. Asal nampak orang leher dia bernila biru dah tahu dah. Ni mesti kena beguk. Tapi dah lama aku tak dengar pasal beguk ni. Bila tadika anak sendiri yang kena, terus aku cari pakcik Google nak tau lebih lanjut.
Sebab apa? Sebab aku baru tahu yang virus Beguk ni boleh berjangkit dekat orang lain jugak. Kisahnya... Cikgu kelas Qhalif tanya dalam group sama ada anak-anak didiknya ada yang tak sihat atau mengadu sakit leher? Sebab dekat tadika ada budak 6 tahun kena virus Beguk. Dan dah berjangkit dekat beberapa orang budak termasuk anak cikgu Qhalif dan juga 2 orang cikgu. Macam dah serious jer kan.
Cikgu jugak mohon kalau boleh anak-anak tak disekolah kan untuk hari rabu (semalam). Tapi tu lah, aku tengah sibuk dengan report nak kena buat. Tak boleh nak cuti. Tawakal jugak hantar semalam. Petang semalam jugak dapat whatsApp yang Jabatan Kesihatan arahkan tadika dan daycare ditutup bermula 15 November sampai 24 November ni. Diorang ada buat pemeriksaan semalam kat sekolah. Setiap murid kena check. Qhalif yang cerita.
Balik semalam terus interview cikgu daycare. Mesti lah nak tahu kan. Rupanya.. Virus Beguk ni start dari budak 6 tahun. Dah berjangkit dekat 9 orang budak. Termasuk 2 orang cikgu. Alhamdulillah... Iman Qhalif tak kena virus Beguk ni.. Nauzubillahiminzalik... Minta dijauhkan. Yang paling kesian, anak-anak 6 tahun nak konvo hari sabtu ni. Mana yang kena Beguk tu, kalau boleh cikgu tak bagi datang. Tapi ialah... konvo tu. Kalau nak datang diorang kena pakai mask.
Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
- Demam
- Sakit kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari
Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
- Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
- Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
- Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
- Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
- Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
- Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
- Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
Tapi kan. Yang aku tak faham bila ada yang kata beguk ni dibawa oleh anak yang tak vaksin? Aku bukan anti vaksin atau apa yer. Aku jenis open minded. Tak sokong mana-mana. Kita kena hormat orang yang tak nak vaksin anak sebab mungkin dia ada pengalaman ada anak yang alah pada vaksin. Dan yang tak vaksin anak pon tak boleh nak mengata orang yang vaksin anak ni. Kena saling hormat menghormati lah pandangan masing-masing. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan? Penyakit ni semua datang dari allah. Yang vaksin atau tak, kalau dah allah kata 'kun fa ya kun' tu... Maka kena jugak dia penyakit. Tak boleh nak elak dah.
Ok... Ini hanya pendapat aku. Mohon jangan kecam. Yang menjadi masalah aku sekarang ni, mana aku nak letak anak soleh Iman Qhalif ni woihhhh!!! Pagi ni abah dia jaga. Petang pulak terpaksa abang Kimi ponteng sekolah agama. Esok (jumaat) nasib aku ada apply cuti. Nak bawak datang office tak boleh. Bos ada. Baki cuti aku tinggal 7 hari jer nih. Tak kan nak amik cuti 5 hari. Kerja tengah banyak... huhuhuhuhu... Ini lah antara dilema ibu yang bekerja bila ada kecemasan yang memerlukan kau ambil cuti.
Ini pengalaman pertama aku bila tadika dan daycare diarah tutup since hantar Iman Hakimi tahun 2012 dulu. Semoga anak-anak dan cikgu-cikgu cepat sembuh.
Note: Mana lah nak letak si Qhalif ni :-(