Last week citer pasal kakak masuk Darjah 1. Harini citer pasal anak ketiga... Iman Qhalif yang baru masuk tadika. Keterujaan anak masuk tadika tu tetap sama macam anak pertama masuk tadika dulu. Tak aci lah kau excited bila anak kau yang 1st masuk tadika. Dapat kat anak-anak lain yang dah start tadika, kau buat biasa jer. Peel setiap anak-anak tu kan berbeza bila pertama kali masuk tadika. Banyak betul perkataan tadika kau ni... ngeee...
Masa 1st day start sekolah tu Qhalif tak sekolah pon. Hanya day care sahaja. Esok tu (Rabu) baru start tadika. Day care pon tetap hantar. Masa hantar tu muka dah monyok. Tak nak duduk situ. Aku tunggu kejap lah. Lepas tu balik sebab 1st day sekolah tu banyak urusan. Meleleh jer air mata. Alahaiiii... Ada jugak beberapa budak yang nangis. Tu baru hantar daycare dah nangis.
Masa hantar tu bukan main lagi. Tak nak nangis. Bila dah sampai sap cakap... 'Dah, ibu boleh pergi kerja'.. Amboiii... berlagak kau dengan ibu yerp. Tapi aku hantar jugak lah. 1st day anak masuk tadika kan. Harus teruja. Bila dah tengok orang ramai-ramai lepas tu ada budak yang nangis-nangis sampai tahap meraung-raung nak balik, si imam muda Qhalif ni dah cuak. Muka dah start nak nangis. Perhimpunan dah start. Tapi dia tak nak join.
Bagi meredakan keadaan, aku bawak dia masuk dalam. Duduk jer dia kat kerusi. Ada pulak kucing, Tu yang memain dulu dengan kucing. Tengok emosi dia dah ok sikit, bawak dia gi perhimpunan balik. Tak nak jugak beratur. Maka beemula lah drama airmata bila semua murid kena beratur nak masuk kelas. Tapi si qhalif ni tak der lah nangis beriya sangat, Terpaksalah si ibu ni hantar sampai kelas.
Tengok lah nih. Takut sangat ibu kau cabut lari. Aku tinjau kat pintu kelas tu jer. Kejap-kejap dia toleh belakang. Bila kau bagi signal nak balik, dia tak bagi. Berkerut-kerut dahi suruh stay. Ibu peduli hapa kan. Kau nak ibu duduk sekali dalam kelas tu ker? Memang tak lah. Tengok Qhalif dah ok dan dah start main tanah liat. Aku pon cabut. Tak kuasa lah nak tunggu lama-lama.
Macam biasa, pagi sekolah petang daycare. Ada kelas tahfiz sekali tengah hari tu. Sama macam abang denga kakak dia dulu. Kurang sikit monthly fees lepas masuk tadika ni. Fees PASTI antara yang murah dan ini yang aku mampu. Yuran pon masik sama. Apatah lagi cikgu-cikgunya. Memang setia dengan PASTI dari zaman Iman Hakimi dulu.
Macam mana Qhalif lepas masuk tadika? Hurmmmm... Ini yang aku agak risau. Masuk jer keta cakap... 'Ibu, kita nangis kat skolah'... ppffttt... Sebelum tidur... 'Ibu, esok sekolah tak?' Asal kejut pagi soh mandi... 'Ibu, kita tak nak sekolah'... ppffttt... Kau dah kenapa nak. Bermulalah sesi interview dengan anak....
Ibu: Ada budak buat Qhalif ker?
Anak: Tak ada.
Ibu: Qhalif tak main-main dengan kawan ker?
Anak: *Diam
Ibu: Kenapa tak nak sekolah?
Anak: Nak ikut ibu pergi kerja
Ibu: *facepalm
Aku wassup cikgu dia tanya betul ker Qhalif nangis? Sekali betul lah. Cikgu cakap masuk kelas nangis. Dah habis kelas sambung nangis balik. Tapi kejap lah nangisnya. Dulu kemahen lagi asyik tanya bila nak sekolah PASTI. Dok berzikir bila nak sekolah. Sekali bila dah sekolah PASTI tak nak pergi sekolah pulak. Pagi-pagi kekadang bad mood tak nak pergi sekolah. Boleh mengundang amarah dibuatnya.
Terlalu awal lagi kot nak high expectation dengan anak. Baru lagi kan. Hope lelama nanti ok. Smoga minat Iman Qhalif nak ke sekolah terbuka. Cikgu rajin jugak hantar gambar dalam group WhatsApp. Dah kenapa lah pakai kopiah cenggitu nak oiii. Terkeluar rambut bagai. Tengok ok jer dia dalam kelas ni... hurmmmm...
Note: Baru sekolah seluar dah tertukar. Tapi dah dapat balik. Selipar pon tertukar jugak. Sebelah besar sebelah kecik. Yang tertukar selipar pon tak der tanda-tanda nak pulangkan balik... haishhh...