Ok...Strata Title for my Home Sweet Home Apartment dah siap. Gulpppp...telan air liur jap bila tengok fees. Nasib tak fengsan. Mari kita mengumpul duit dari skang. Harap2 dapat bonus sebelum due date nak kena bayat Strata Title ni.
Apa itu Strata Title? Meh nak explain sket pada yang belum tahu. Ok murid2, Strata Title adalah Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah bermilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya rumah Pangsa, Pangsapuri, Condominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai. Kalau rumah bawah atau landed house, ianya dipanggil Individual Title.
Ok, tempoh yang diberi untuk settle kan bayaran Strata Title ini adalan 12 bulan bermula dari tarikh surat yang dihantar oleh Lawyer pada kita. Dan kena make sura semua fees seperti maintenance, cukai tanah dan apa² jenis cukai kena clear. Then baru bley bayar Strata Title ni. Kalau lewat bayar dari tempoh yang telah ditetapkan, kena penalty babe. Tapi kan, expenses charged dari lawyer ni mahal tau. Travelling Expenses jer sampai RM300.

Antara lain yang perlu anda tahu mengenai Strata Title.
J: Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.
S: Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?
J: Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.
S: Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?
J: Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar seperti berikut :-
- Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak.
- Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual.
- Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
- Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya.
- Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
Sumber: SINI
J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
J: Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
Sumber: SINI
Note: Nama jer kerja bahagian Property Development. Tapi Strata Title pon baru nak amik tahu...ahaks...