SHELL Raikan Rakyat Malaysia Dan Perjalanan Unik Mereka Menerusi Siri VIDEO WEB!!
Aku Monday, April 17, 2017
Shell baru-baru ini telah melancarkan #StationStories, iaitu siri video dalam talian yang menampilkan cerita sebenar rakyat Malaysia dan perjalanan mereka yang unik dalam kehidupan. Tanpa skrip, tanpa castings atau pelakon, siri ini hanya bergantung kepada cerita-cerita sahih daripada orang-orang yang berjalan melalui pintu Shell.
- Mula disiarkan di laman media sosial pada tahun 2015, #StationStories memaparkan kisah benar rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
- Kepelbagaian kisah-kisah tersebut adalah kerana mereka yang berkongsi cerita mempunyai kelainan tersendiri. Ianya disatukan dengan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan, kasih sayang dan harapan.
- Kini dalam tahun ketiga, siri video tersebut telah ditonton sebanyak 11 juta kali sehingga kini.
Shell melancarkan #StationStories, satu siri web yang memaparkan kisah benar rakyat Malaysia dan keunikan perjalanan hidup mereka. Tanpa skrip, uji bakat atau pelakon, siri tersebut bergantung pada kisah benar pelanggan yang melangkah masuk ke stesen minyak Shell.
Pada
tahun 2015, Shell Malaysia mencetuskan satu program transformasi selama tiga
tahun yang dikenali sebagai “Welcome to Shell” yang meletakkan para pelanggan
sebagai paksi atas dalam apa jua yang dilakukannya. #StationStories disiarkan
buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebagai platform untuk Shell berhubung
dengan rakyat Malaysia dan meraikan kepelbagaian mereka.
Berikutan kejayaan edisi pertama, Shell
membawa siri web itu ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2016 dengan
menampilkan kisah-kisah perkembangan individu dan cerita yang penuh
berinspirasi. Kini dalam tahun ketiga, Shell sekali lagi merakamkan pelbagai
kisah yang menyentuh hati, seperti dikongsi oleh pelanggan Shell Malaysia dari seluruh
negara.
Ketua Pemasaran Runcit Shell Malaysia, Ben
Mahmud berkata, “Shell mengalu-alukan kedatangan lebih 10 juta pengunjung ke
stesen-stesen minyaknya setiap minggu. Kami percaya semua orang mempunyai kisah
unik mereka yang tersendiri untuk diceritakan, dan #StationStories telah menjadi
platform yang membolehkan kami berhubung dengan para pelanggan serta berkongsi
kisah mereka sebagai inspirasi kepada orang lain. Selama beberapa tahun ini,
#StationStories telah membolehkan kami untuk mengenali pelanggan dengan lebih
dekat lagi, dan mengetahui kisah mereka yang berlandaskan nilai-nilai seperti rasa hormat-menghormati, kesungguhan,
kasih sayang dan harapan.”
Tambah
beliau lagi, “#StationStories menggalakkan netizen untuk berkongsi cerita
mereka juga. Maklum balas terhadap #StationStories sangat memberangsangkan dan
kami terharu dengan penerimaan tersebut. Kami berharap dapat terus memberi
inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan kisah-kisah yang mengetengahkan
kepelbagaian dan nilai-nilai umum di negara kita.”
Kisah
#StationStories sebelum ini termasuk seorang lelaki yang melafazkan rasa sayang
terhadap keretanya, kisah seorang bapa tunggal membesarkan
tiga orang anak dan seorang guru yang bermisi untuk memberi
inspirasi kepada anak-anak muda.
Sehingga kini, #StationStories
telah mencatat lebih 11 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube. Kaji
selidik yang dijalankan oleh Shell menunjukkan bahawa video itu menyumbang
kepada tarikan terhadap jenama, dan meningkatkan rasa ingin membeli produk
Shell.
Pada majlis pelancaran #StationStories 2017, Shell menayangkan kisah Rasyidah dan Zakiah, edisi
terbaharu dalam siri web itu. Bertemakan persahabatan, kisah yang menyentuh
hati itu menampilkan dua orang pelajar universiti yang menjadi sahabat karib selama
hampir satu dekad. Video #StationStories edisi 2017 akan disiarkan secara berperingkat
sepanjang tahun ini.