Bila sebut jer Sephora… Wowww… Dah terbayang barangan makeup. Sephora merupakan rangkaian kedai kosmetik yang menyediakan perbagai barangan produk. Antaranya penjagaan kulit, alat solek, wangian, penjagaan badan dan rambut dan macam-macam lagi lah. Terdapat juga pelbagai jenama termasuklah dari jenamanya sendiri iaitu Sephora.
Ni nak bagitau kaki-kaki makeup terutamanya peminat makeup dari jenama Estee Lauder. Korang tak payah susah-susah nak drive, nak cari parking, nak beratur panjang dalam traffic jammed atau bersesak-sesak dalam gedung Sephora sebab korang boleh dapatkan barangan makeup jenama Estee Lauder ni secara atas talian hanya di sephora.my sahaja. Semuanya dihujung jari sekarang kan. Janji ada internet yang pantas dan laju.
Memang rambang mata lah kalau korang bukak website Sephora sebab macam-macam barangan Estee Lauder ada dalam nih. Sampai kau tak tahu nak beli yang mana sebab semuanya best-best. Kalau kau pergi sendiri gedung Sephora ni mau pengsan tengok barangan kecantikan yang banyak tu. Kalau tengok kat website, boleh kawal nafsu sikit kan. Haaaa… gittew kisahnya.
Macam aku ni kan, beberapa kali bukak website Sephora masih tak dapat nak buat keputusan barang apa yang nak dibeli. Sebab kalau boleh nak beli semua... hahaha… macam lah kau ni pakai makeup. Setakat pakai lipstick dengan compact powder kira ber makeup jugak lah muka tu kan. Ok… Jom tengok barang apa yang aku sambar dekat Sephora ni.
Estee Lauder Double Wear Cushion BB - All Day Wear Liquid Compact SPF 50 / PA+++ | Bestnya pakai. Tak payah nak touch-up lebih-lebih. Sapu sikit dan bagi rata jer dah dapat menutup garis-garis halus dan kesan jerawat pada muka dapat dikurangkan. Memang kulit nampak licin dan bebas minyak lah sebab tahap SPF yang tinggi pada Estee Lauder Double Wear Cusion BB (Sand) ni dapat mengawal minyak dan bersinar. Ia juga kalis air. Yang ni memang bestsellers
Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick | Dalam memilih kaler lipstick, aku memang bermasalah sebab rambang mata nak pilih kaler… hahaha… Tak tahu nak pilih kaler apa. Kang salah pilih, tak sesuai lah pulak kan. Last-last aku pilih Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick kaler Unattainable. Bila pakai lipstick ni kau rasa seksi… auwwwww… sebab warnanya yang cantik dan gincu ni menekankan bentuk bibir. Rasa licin, lapisan bibir sama rata dan lembut serta meluncur dengan lancar bila kau pakai. Wahhhh… ayat kau. Bestsellers jugak ni. Kau kalau pilih nak yang best jer kan… ngeee…
Ini lah 2 barang jenama Estee Lauder yang aku sambar. Disertakan sekali gambar #makanakempat yang comel dan perasan muda melaram dengan lipstick seksi Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick (Unattainable) dan Estee Lauder Double Wear Cusion BB (Sand) yang tersangat best ni. Apa lagi… Kalau korang nak shopping barangan kegemaran dari jenama Estee Lauder, boleh klik [SINI].
Note: Merasa jugak rezeki pakai barangan dari jenama Antarabangsa ☺