Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe..
Ok...sambungan kisah dari hasil Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014. Lama sangat aku perap kat dalam draft tu. Meh baca tips² nih.
1) Setiap blogger perlu mempunya niche masing². Niche tu apa? Ok...niche ni macam satu pengkhususan dalam blog. Untuk sebuah entry, apa cerita yang anda selalu khususkan? Macam kata kunci lah. Anda suka memasak. Kongsikan resipi dan juga tips² pasal masakan. Atau pon anda suka menjahit, kongsikan tips² dan ilmu pasal jahitan. Itu lah kata kunci dan niche nya. Faham...hehehe...
2) Pandai bahagikan masa. Macam blogger part time, kena pandai bahagikan masa antara kerja, keluarga dan juga blog. Jangan asyik nak blogging jer sampai keluarga dan kerja pon terabai. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Alasan...sibuk update entry kat blog...no..no..no...jgn buat macam ni.
3) Sokongan dari suami/isteri. Ini pon penting gak. Bak kata kak RED, kalau blogging jer tapi tak der sokongan dari orang yang tersayang, mau jatuh talak nanti. Jadinya...suami/isteri pon kena lah faham dan bagi sokongan pada blogger part time macam kami ni kann.
4) Blogwalking dan komen...ini salah satu cara jika nak diri sendiri dan juga blog dikenali . Ko nak blog ko fofular, tapi malas nak blogwalking dan tinggalkan jejak kat blog² lain. Asyik harap orang datang blog ko jer kan. Asyik nak minta orang komen jer kan. Ko ada datang kat blog blogger lain dan komen? Memang tak patut lah. Ada juga blogger yang macam ni. Kita rajin datang blog dia, tinggalkan ayat² cinta. Tapi haram jadah...tak pernah nak terjah kita balik apatah lagi bagi sepatah dua kata kat blog. Jadinya...kita jadi silent reader jer lah. Atau pon pandang sepi jer lah kat blog macam ni. Orang tak sudi, buat apa nak terhegeh² lagi...cewahhhh...marah sangat ni...haha...Terpulang pada pendapat masing² lah.
5) Idea...Ni pon kekadang jadi masalah gak kan. Bila idea datang, banyaklah ceritanya. Bila idea tak der, sunyi sepi lag blog jadinya *macam blog aku gak. Jangan jadikan tak der idea itu sebagai alasan. Banyak sebenarnya cerita yang boleh kita kongsikan. Macam perihal anak². Yang ni memang takkan habis lah kann. Tapi jangan hari² ko asyik citer pasal anak jer. Naik bosan orang nak membacanya. Lain orang lain pendapatnya kan. Tapi aku suka jer baca kisah pasal anak² ni. Isu² semasa..kisah retis ker. Atau pon tips² yang berguna yang boleh memberi ilmu dan manfaat buat pembaca. Kan banyak tu. Jangan biarkan blog sunyi sepi tanpa entry. Ingat tu ☺
6) Isi cerita blog panjang berjela. Dah macam tulis diari plak dah. Tak perlu lah nak citer meleret². Kalau entry tu bermanfaat dan bagus untuk dikongsi, tak per. Tapi kalau entry tu untuk syiok sendiri, orang pon malas nak baca. Just simple entry tapi penuh dengan isi.
Untuk event plak. Patut ker blogger terima event yang tak berbayar/free? Untuk permulaan dan juga untuk networking supaya blog kita di kenali dikalangan advertiser, boleh jer kita terima. Alaaaa...nak tolong kawan² kekdahnya. Bukan free semata², tapi dapat barang untuk di cuba kan. Dari situ lah advertiser akan menilai cara penulisan kita. Kalau menarik perhatian, tak mustahil advertiser akan panggil lagi untuk event yang berbayar pulak.
Itu lah perkongsiannya. Sepanjang aku berblog ni, baru sekali dapat buat [SPONSORED POST] dan juga dapat invitation untuk join event untuk [ZESPRI'S 14-DAY SCOOP OF AMAZING CHALLENGE]...alhamdulillah...Blog untuk suka² jer selain dari nak menambah pendapatan sampingan.
Note: Sumber tips dari AJUMOHIT.COM dan diubahsuai mengikut gaya puan punya blog...hehehe...Aku dengar macam tu jer. Serap gak masuk kat kpala ni.