Tema sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013 yang di sambut pada 25 August 2013 semalam. Ucapan PM Najib:
“Bila kita sebut respek wanita, maknanya wanita perlu dihormati dilayani dengan baik, di mana sahaja mereka berada baik di rumah, di pejabat hatta di dalam lif sekalipun, bertepatan dengan isi khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W, yang bermaksud, “Layanilah wanita-wanita kamu dengan dan berlemah-lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya, mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia,”
Sumber: SINI
Sumber: SINI
Wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Saya bangga menjadi seorang wanita, seorang isteri dan juga seorang ibu >_<
Note: Setahun berapa kali Hari Wanita erk? Bukan bulan March aritu dah hari wanita ker? Mak confius jap noks ☺