Cerita pasal raya lagi harini. Semalam kisah Cerita Raya 2017. Kali ni pasal Cerita Kuih Raya Dan Juadah Pagi Raya. Malas aku nak letak dapam satu entry, Nanti panjang berjela dan korang pon malas nak baca kan. Jadinya... Buat separate entry jer lah. Ada citer aku nak membebel kat blog. Kita mulakan dengan cerita kuih raya dulu.
Raya tahun ni aku buat kuih. Tetiba roh rajin datang bertandang. Ada jugak beli kuih 2 jenis. Tapi tu kuih puasa sebab belum raya lagi dah habis... ppffttt... Aku buat kuih pon last minute. Lagi seminggu nak raya baru buat. Ramai jer spesis last minute ni sebab kedai bakery penuh masa aku nak beli bahan-bahan buat kuih.
Hajat dihati nak buat 4 jenis kuih. Tapi sebab kekangan masa dan tenaga. Dapat buat 3 jenis pon dah kira ok. Kuih-kuih yang aku pilih pon resepi nya tersangatlah simple. Aku malas nak buat kuih yang leceh dan banyak bahan... hahaha.. Gigih aku bersengkang mata sampai pagi dan sampai terlajak sahur lah demi sebalang kuih raya. Untuk 1st day tu aku buat Honey Nestum Almond Cookies. Tajuk bukan main panjang lagi. 1st time buat dan alhamdulillah... menjadi kejadianny. Rasa pon sedap. Dapat lah jugak sebalang setengah sebab bayak dah masuk mulut. Risau jer aku takut tak sempat raya kuih dah habis.. hehehe...
Kuih kedua aku buat Cornflakes Almond Crunchy. Time buat kuih ni aku boleh tertido sementara nak tunggu doh dalam freezer 30 minit. Sudahnya... Semalaman doh ni duduk dalam freezer. Malam baru buat. Nasib menjadi dan sedap jugak kejadiannya. Kuih ketiga pulak aku buat kuih yang terpaling senang nak buat. Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies. Dapat sebalang besar. Kalau nak beli mahal woihhh!! Better buat sendiri. Tapi bahan-bahan nak buat kuih ni pon mahal. No wonder orang jual mahal. Tapi kalau setakat nak makan sendiri, lagi jimat kalau kau buat.
Kuih seterusnya memang tak dapat diteruskan sebab dah kepenatan ditambah dengan tak cuup tidur. Konon nak buat choc chips. Tapi tak sempat. Bahan-bahan ada lagi. Nanti-nanti lah sambung buat kuih. Memang jimat sebenarnya bila buat kuih sendiri ni. Harga kuih sekarang pon dah mahal. Sekian cerita pasal kuih raya. Kita sambung cerita menu raya pulak.
Untuk juadah pagi raya, aku masak rendang ayam, ayam masak bali dengan nasi impit. Semua aku buat dengan kudrat aku sendiri. Cuma hubs tolong pergi pasar dengan basuh ayam. Agak mencabar jugak masak secara solo dengan nak layan anak-anak. Dengan anak yang menyusu dan dengan kau yang puasa kan. Macam rendang ayam tu aku masak dalam noxxa jer. Jimat sikit masa dan tenaga kan.
Ayam bali pulak aku buat malam sebab nak perap ayam tu dulu. Tak susah pon nak masak ayam bali. Cuma nak bagi sedap kau perap lama sikit. Sambil masak sambil kemas dapur. Malam sikit baru rebus nasi impit. Pakai Noxxa juga. HP 30 minit jer. Lemang tu pulak beli jer. Boleh tahan jugak harga lemang kan. Sebatang RM10. Alhamdulillah... sedap lemang nya. Konon nak beli lagi. Tapi dah tak ada.
Abaikanlah pinggan mangkuk aku tu. Tengok orang lain punya set pinggan mangkuk semua cantik-cantik. Aku pakai apa yang ada jer. Bercampur-campur. Rasa macam nak jugak beli set pinggan mangkuk tu. Tapi nafsu belum ada lagi.
Note: Malam raya memang kau orang yang terakhir tidur. Selagi tak selesai selagi tu lah tak boleh nak lelap mata.