Ekspo Elektronik Shopee | Jaminan Harga Terendah. Woot... Woot... Ada yang tengah survey barang-barang elektrikal ke? Mana lah tahu tengah survey untuk rumah baru kan. Harus lah barang elektrik pon baru. Atau ada yang nak menggantikan barangan elektrik yang dah rosak atau memang tengah mencari barangan elektrik dengan harga yang sangat murah? Haaa... Ni nak bagitahu yang Shopee akan mengadakan Kempen Ekspo Elektronik dengan Jaminan Harga Terendah (LPG) yang akan berlangsung pada tarikh 23 - 26 Julai 2018 ni. Sila set alarm untuk tarikh ini yer.
Kalau korang nak tahu, terdapat lebih daripada 20 jenama elektronik yang akan mengambil bahagian dalam Ekspo Elektronik Shopee. Antara nya... Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Itu baru jenama yang turut serta. Untuk produk pulak, lebih dari 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Wow!!! banyak tu potongan harga yang diberi.
Yang menariknya kan, kalau korang ada terjumpa produk yang sama tapi dijual di platform lain dengan harha yang lebih rendah dari Shopee, Shopee akan menebus semula 120% dari perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee. Tapi kalau korang nak menikmati harga terendah dan nak dapatkan syiling Shopee ni, kena pastikan semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah).
Shopee juga menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam untuk pelbagai produk elektronik pada 23 Julai. seperti aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech, alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa dan banyak lagi. Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung.
Lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Untuk mereka yang mencari kelengkapan rumah, boleh tengok kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Lebih jumat lagi, boleh tebus baucer sehingga RM100,000 sepanjang kempen pembelian ini. Menarik kan.
Ini untuk ganjaran kepada peminat Facebook Shopee. Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Caranya... hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka yang bernilai RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula. Jangan lupa muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.