AssalamuAlaikum...
Dah berapa hari blog sunyi sepi. Tetiba hari ni kau update nak citer pasal Virus plak. Sebab virus ni lah aku tak keja 3 hari tolak sehari aku cuti sakit sebab jaga anak. Rasanya ramai parents yang tak aware pasal virus nih termasuk lah #makanakempat ni ha. 1st time dengar kot. Betul lah kata [Yana]... Bila kita dah jadi mak ni, automatic kita terlibat dengan proses pembelajaran. Daripada kau tak tau penyakit/virus tu, terus kau jadi serba tau.
Budak tak sihat :-(
Dugaan datang lagi buat aku dengan Iman Harraz. Allah... Sedih sangat² hanya DIA yang tahu, Baru 5 bulan dah macam² Harraz tempuh. Kalini Harraz kena jangkitan VIRUS ROSEOLA INFANTUM. Macam mana boleh kena? Aku pon tak tau. Semuanya bermula petang jumaat lepas bila nursery whatsApp kata badan Iman Harraz panas. Aku kat office dah macam cacing kepanasan bila baca whatsApp tu, Aku suruh dorang jaram kepala Harraz dengan kain basah. Haritu tu aku balik awal sikit. Tak senang hati hoiii!!
Sampai nursery nengok kain basah atas kepala. Memang dedar lah badan harraz. Malam tu aku jadi nurse. Keep tracking suhu dia. Sponging badan dan kepala. Tapi still dedar jugak badan. Masuk hari sabtu still macam tu jugak. Sponging, jaram kepala dengan air asam jawa dan mandikan dia. Still suhu tinggi. Malam tu bawak gi klinik. Doc bagi ubat masuk vontot sebab suhu tinggi takut kena tarik. Doc bagi ubat demam dengan antibiotic. Alhamdulillah... malam tu turun sket suhu. Tapi ahad tu panas lagi. Just bagi ubat demam. tapi suhu on and off panasnya. Kalau boleh aku nak buat natural remedies. Tak nak bagi ubat kononya. Tapi hati tak kuat sebab aku tak nak jadi apa² kat Harraz.
Just kerapkan brestfeeding. Memang dia asyik mengempeng jer. Antibiotic memang aku tak bagi kat harraz. Alhamdulillah... demam harraz dah kebah malam ahad tu. Tapi aku tak sampai hati nak hantar nursery keesokkannya, Nak pantau lagi kot² suhu dia naik balik. Syukur demam dah baik tapi petang Isnin tu naik bintik² merah kat badan, tangan, kaki dan muka. Aku perasan masa nak tukar pampers. Makin lama bintik² merah tu merebak kat satu badan. Aku dah panik sebab takut kena chicken pox atau measles. Nangis aku nengok bintik² merah kat badan harraz. Kat muka agak banyak jugak bintik² merah tu. Janganlah kena chicken pox.
Merah² kat badan dan belakang
Malam tu tunggu husband balik keja terus gi klinik. Doc check cakap ni bukan chicken pox. Phewwwww... Betapa leganya aku bila doc cakap macam tu. Katanya ni virus. Balik tu aku terus google dan dapat jawapannya. Jom kita berkenalan dengan virus ni.
Roseola Infantum atau sixth disease adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak² berumur antara 6 bulan hingga 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes. Bermula dengan demam yang agak tinggi secara tiba² sehingga boleh mencapai suhu 40'c. Berlangsung selama 3 hingga 5 hari dan di ikuti dengan ruam selepas demam beransur pulih. Ruam ini tidak gatal dan biasanya bermula pada bahagian badan (leher, dada dan punggung). Kemudian merebak ke bahagian muka, tangan dan kaki. Gejala ini hampir sama menyerupai demam campak yang buat ramai parents keliru.
Kesan Virus Roseola Infantum pada Bayi dan Kanak²
Bagi bayi dan kanak² yang mengalami Roseola, biasaya mereka akan:
- Mudah merengek
- Cepat marah
- Rasa letih
- Mengalami cirit birit ringan
- Kurang selera makan
- Mata merah
- Kelopak mata bengkak
- Hidung berair
- Sakit tekak disebabkan kelenjar pada leher mungkin bengkak
Kira² 10-15 peratus yang mengalami sawan. Namun begitu selalunya mereka kelihatan sihat, aktif dan mempunyai selera makan yang baik.
Rawatan untuk Virus Roseola Infantum
Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini kerana ianya akan reda selepas beberapa hari. Paling penting, pastikan anak minum air yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi akan menyebabkan anak lambat sembuh atau menjadikan keadaan bertambah teruk.
Virus Roseola Infantum boleh Berjangkit ker?
Ok... Yang ni ada 2 fakta ianya boleh dan tak boleh berjangkit.
1) Roseola boleh merebak melalui air liur atau ketika bersin dan batuk. Ia juga merebak melaui sentuhan najis apabila kanak² ini tidak mencuci tangan selepas ke bilik air. Jika anak dihantar ke nursery, dicadangkan ia tidak dihantar bagi mengelakkan jangkitan pada kanak² lain, Boleh dihantar selepas ruam dibadannya hilang.
2) Ini pencerahan dari Doc Khairul. Memang Roseola akan start dengan demam utk 2- 3 hari. Lepas demam kebah 48 jam, insyaAllah dah tak berjangkit. Walaupon masih ada rash tapi kalau dah 2 hari tak demam tak perlu lagi kuarantin.
Tanda² Virus Roseola Infantum makin teruk
Langkah² pengawasan juga perlu jika keadaan bayi atau kanak² tak berubah. Bawa anak² untuk pemeriksaan doctor jika:
- Ruam anak menjadi lebih teruk
- Demam semula atau demam menjadi lebih tinggi
- Bayi/kanak² jadi tak aktif
- Ruam melebihi seminggu
Gittew lah infonya. Alhamdulillah... Rash harraz dah mula nak hilang. Memang kesian nengok masa memula naik rash. Merah² badan ngan muka. Tapi aku pakai calamine lotion tu sekali jer. Selebihnya pakai BAYBIE Cream. Memang nampak perubahan sangat sebab cepat kurang rashnya. Yang best BAYBIE cream ni sebab ianya dari bahan² semulajadi dan no chemical. Nanti aku share pasal BAYBIE cream ni.
Tapi since baik demam ni harraz jadi agak cranky sket. Nak melekap jer. Bila letak kat tilam tak lama lepas tu merengek. Tak per lah nak. Janji awak dah sihat dan tak demam lagi.
Note: Agak payah gak nak cari info pasal virus Roseola ni sebab kebanyakan info dari website Indonesia.