Tau dah. Korang memang suka cari resipi mudah. Pastu screen shoot save dalam handphone bagi penuh gallery tu sampai hang tipon. Tapi tak tau bila nak membuatnya. Aku lah salah sorang dari orang yang macam tu. Siapa yang tak suka resipi simple lagi senang kan. Hobi gamaknya SS resipi. Tapi untuk resipi Japanese Cotton Cheesecake ni uolls kena buat sebab rugi kalau beli. Sepotong jer dah berapa hinggit. Penggila cheese macam aku ni mana cukup sepotong. Jadinya baik buat sendiri.
Dah lama mengidam nak buat. Sejak mengandung lagi. Tapi tak sempat nak buat sebab dah meletup dulu. Hazab nunggu bila lah nak habis pantang nih sebab semangat nak buat Japanese Cotton Cheesecake ni membuak² dibuatnya. Dah... tak nak melalut panjang². Meh salin resipi ni.
BAHAN-BAHAN
- 6 biji telur gred B. Tak der gred B apa² gred pon boleh. Janji Telur ayam
- 3 - 4 slice keju cheesedale. Tak der jenama cheesedale jenama apa² pon boleh (Kalau tak der boleh ganti dengan cream cheese Tartura/Philadelphia 1 cawan) *
- 1/2 cawan fresh milk. Kalau tak der boleh ganti dengan Susu cair. Jangan letak susu ibu plak...ngeeee... *
- 1 1/4 cawan gula halus. Kalau tak suka manis, letak satu cawan jer.
- 2 sudu besar butter atau majerin *
- 1 cawan tepung gandum. Tak kiralah jenama apa asalkan dah namanya tepung
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- Sedikit asen vanila
- Sedikit garam halus
- 1 sudu kecil cream of tartar. Kalau tak der boleh ganti dengan 1 sudu kecil cuka masakan
CARA MEMBUATNYA
1) Cairkan dulu 1/2 cawan fresh milk, 2sb butter dan 3-4 slice keju, Carik² kan jer keju tu. Nak masuk sekeping terus pon poleh. Nak lebihkan cheese pon ikut suka hati korang lah. Buat kaedah double boil. Sila google kalau tak tahu macam mana kaedah double boil yerp. Masukkan suma bahan² tadi dalam periuk dan kacau sampai semua cair dengan sempurna. Dah selesai, tutup api dan biarkan dia suam.
2) Asingkan kuning dan putih telur. Yang putih telur tu letak terus dalam bowl mixer.
3) Letak esen vanila sket dalam kuning telur dan kacau sebati. Nak kacau pakai spatula atau senduk pon boleh. Tapi jangan kau kacau pakai tangan plak.
4) Ayah tepung gandum, baking powder, tepung jagung dan sedikit garam halus. Bukan garam kasar yerp.
5) Masukkan bahan double boil yang dah suam tadi ke dalam bekas kuning telur. Masukkan sikit² dan kacau sebati
6) Dah sebati masukkan pulak tepung yang di ayak tadi dan kacau sebati lagi. Berapa banyak perkataan sebati daa...
7) Putih telur tadi mix sampai jadi buih² kasar. Pastu baru masukkan gula dan cream of tartar atau kalau tak der letak cuka 1sk
8) Mix dalam 20 minit. Tu kalau pakai hand mixer. Kalau mixer lain high speed kejap jer kot. Kalau nak tau adunan tu dah sebati, cer kau terbalikkan bowl tu. Kalau tak jatuh adunan tu maknanya dah lulus. Alaaaa....macam buat pavlova gak caranya.
9) Ceduk adunan putih telur dan masukkan dalam adunan kuning telur tadi
10) Ulang sampai habis dan kacau rata
11) Lapik kertas baking paper kat bawah loyang yang dah disapu dengan minyak. Keliling loyang pon sapu minyak gak. Sebelum bakar, letakkan loyang yang berisi air dan letakkan adunan dalam loyang yang ada air tadi. Panaskan oven 170'c selama 5 minit. Dah masukkan loyang dalam oven, turunkan suhu kepada 160'c. Bakar selama 1 jam atau 1 jam 10 minit api atas bawah. Bergantung pada jenis oven. Kalau oven cepat panas, last 15 minit tu guna api bawah jer.
* Kalau nak kukus, api sederhana selama 1 jam dan tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat dalam adunan tepung.
Fresh from oven gittew. Alhamdulillah... Menjadi jugak Japanese Cotton Cheesecake aku nih. Cantik betul kejadiannya. Macam tak percaya jer aku pandai buat. 1st time buat dah menjadi. Memang moist, lembut dan gebu. Rasanya jangan cakap lah. Sedap sangat sampai menitik airmata kegembiraan. Nampak nau menipunya kan...hahaha... Tapi serius, memang sedap. Korang mesti cuba.
Dah 3 kali aku buat kek ni. 2nd time husband soh buat sebab dia nak bawak gi ofis. Debar² plak rasanya. Tak sabar tunggu husband balik sebab nak tau feedback. Alhamdulillah...habis kek nya. 3rd time weekend haritu. Kimi ngan qahirah tak berapa suka sangat. Dorang sukak kek coklat. Tapi si Qhalif bley geng ngan aku sebab dia suka Japanese Cotton Cheesecake nih. Pepagi bangun tidur dah minta kek.
Apa² pon, terima kasih kat Azlina Ina sebab halalkan pada sesiapa yang nak sharing resipi yang dia bagi nih. Memang resipi² yang dia bagi mudah dan simple. Siap bagi instruction macam mana nak buat. Korang bley terjah FB Azlina Ina Fans kalau nak resipi kek yang mudah, simple dan sedap nih. Memang tak kedekut ilmu lah.

Note: Haishhhhh... tergoda plak nengok kek ni. Memang nak kena buat lagi nampaknya.