Resipi Noxxa | Bubur Kacang Hijau. Buat pertama kali dalam hidup aku masak bubur kacang hijau ni. Sebelum ni tahu makan saja. Serious... Senang betul rupanya nak buat bubur kacang hijau ni yer. Bertambah senang dengan adanya pressure cooker Noxxa ni. Sekejapan saja dah siap. Memang sejak ada Noxxa ni perasaan teringin nak buat bubur kacang hijau tu ada. Tapi entah lah. Asyik bertangguh dari hari ke sehari. Pada hal bukan susah sangat pon.
Sehingga lah pada suatu hari tu kan. Anak dara aku nan sorang tu bagi tahu yang dia kena bawa kacang hijau dengan botol kosong untuk subject Pendidikan Muzik rasanya. Maka ke kedai lah kita mencari kaang hijau. Nak pakai kacang hijau tu sikit saja pon. Tapi bila dekat kedai dah siap packaging, jadi nya kita beli lah yang packaging. Memang banyak juga lah baki kacang hijau nya. Dari situ lah bermula nya projek Bubur Kacang Hijau.
Resipi Noxxa | Bubur Kacang Hijau
Bahan-Bahan
- *Kacang Hijau
- *Sagu mata ikan
- 4 helai
- Gula merah
- Santan
* Sukatan korang agak-agak lah. Tapi aku buat 1 mangkuk. Kalau nak buat banyak, sila lebihkan.
* Sagu mata ikan tu rendam sekejap.
Cara-Cara
- Basuh kacang hijau bersih
- Masukkan dalam periuk Noxxa dengan 1-2 cawan air
- Set kan HP (High Pressure) selama 15 minit
- Dah selesai 15 minit dan kacang pon dah mengembang, sila tambah air dalam secawan
- Masuk kan santan sekotak. Kalau pekat sangat sila tambah air lagi
- Letak daun pandan, sagu mata ikan dan gula melaka
- Dah cukup rasa boleh lah hidang ☺
Masa 1st time buat tu bukan main banyak aku letak kacang hijau. Kacang tu kan akan mengembang. Bercampur pulak dengan sagu mata ikan. Memang banyak jadi nya. Maklumlah... 1st time buat. Tak boleh nak agak. Sekarang dah pandai... hehehe... Daun pandan memang aku bubuh lebih sebab wangi jer bau nya. Bila dah pandai buat bubur kacang hijau, asyik nak membubur saja kerjanya. Nak habiskan stok kacang hijau tu lah. Anak-anak bukan makan sangat pon.
Dah jadi feveret aku pulak bubur kacang hijau ni. Makan bubur kacang hijau panas-panas lepas tu koyak-koyak kan roti letak dalam bubur... Perghhhh... Memang layan. Lagi best kalau bubur kacang hijau tu letak durian kan. Nikmat tak terkata. Ada orang buat bubur kacang hijau letak halia kan. Macam aku tak letak pon. Haishhh... Nak kena beli kacang hijau ni. Bila teringin boleh lah buat. Lepas ni nak try buat bubur pulut hitam pulak ☺
Note: Lately ni rasa frustrated sangat. Pageview blog makin merudum. Tak tahu lah apa masalahnya. Tu yang mood ke laut jer ni... huhuhu..