Makanan Berkhasiat Yang Sesuai Dengan Deria Rasa Anak Saya | Menyediakan sendiri makanan untuk anak merupakan satu kepuasan yang sangat indah kerana ianya datang dari hasil tangan kita sendiri sebagai seorang ibu. Lagi pon, makanan terbaik sebenarnya bermula dari rumah. Dengan memasak sendiri, kita yakin dengan tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang betul.
Lebih-lebih lagi bila dapat masak Makanan Berkhasiat Yang Sesuai Dengan Deria Rasa Anak Saya sendiri. Biarpun saya sibuk dengan kerja dan aktiviti-aktiviti seharian, saya akan memastikan anak saya ni makan makanan yang berkhasiat. Saya juga ingin memastikan anak kesayangan saya ni, Qhalif mendapat lebih lagi nutrisi supaya dia menjadi lebih lagi bila dewasa kelak.

Cabaran Dalam Menyediakan Bekal Anak
Tapi tu lah. Antara masalah atau cabaran yang saya hadapi dalam menyediakan bekalan makanan untuk anak ialah bila anak saya sejenis yang memilih makanan. Agak susah nak makan sayur. Kalau saya masak nasi goreng yang ada sayur, dia akan asingkan sayur ke tepi. Puas pujuk suruh makan sayur. Tapi tak jalan.
Rasanya tak lengkap kalau makan nasi takde sayur sebab sayur banyak vitamin dan membantu dalam proses penghadaman dan tumbesaran kan. Macam mana nak bagi Qhalif makan makanan yang berkhasiat kalau dia susah nak makan sayur? Haaa.. Sebagai seorang ibu, kita kena bijak mainkan peranan.
Cara-Cara Saya Memastikan Anak Saya Mendapat Lebih Lagi Nutrisi
Sebelum ni saya ada terfikir juga caranya dengan potong sayur kecil-kecil. Tapi qhalif tetap tahu ada sayur. Setelah mencuba beberapa cara, saya cuba untuk memarut atau grater sayur-sayuran macam kentang, kobis atau carrot. Cara ini terbukti adalah cara yang terbaik. Saya cuba cara ni buat pertama kali dengan campurkan dalam cucur atau cekodok. Yeayyyy… Berjaya. Kemudian saya buat dalam nasi goreng. Yes… Mission accomplished bila qhalif dah tak asingkan sayur lagi. Kalau dulu bukan main susah untuk pujuk Qhalif makan sayur-sayuran, sekarang lebih senanglah.
Qhalif juga sedang mengamalkan minuman susu sebagai nutrisi tambahan. Untuk kanak-kanak seusia Qhalif, mereke memerlukan dua gelas susu sehari untuk diet harian yang sihat. Lagi pon susu kan kaya dengan nutrien. Dugro adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dirumuskan dengan lebih lagi DHA*, 15 vitamin dan minerals dan lcFOS unik berdasarkan 40 tahun kajian saintifik untuk membantu tumbesaran Si Manja.
Budak aktif ☺
Jom minum susu ☺

*berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas.
Bekal Berkhasiat untuk Iman Qhalif
Memandangkan Qhalif sudah menerima kehadiran sayur dalam hidupnya… cewahhh… Tak susah untuk saya menyediakan bekalan makanan untuk ke sekolah. Saya juga boleh variety kan menu makanan. Yang pasti, setiap menu mesti ada sayur dan buah sebab pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan yang sihat. Macam bekalan sandwich ni.
Tak susah pon penyediannya. Hanya perlukan TELUR, ROTI, MAYONAISE dan sedikit BLACKPEPPER. Untuk menggantikan salad, saya tambah CARROT (steam dan disagat/grater) dan BROCOLI (steam dan dicincang halus). Campurkan semua bahan. Mudah jer kan. Rasanya pon sedap. Qhalif pon tak perasan ada sayur dalam tu. Bagi Qhalif, dia suka sangat dengan apa yang disediakan kepadanya sekarang. Pada satu hari, Qhalif memuji saya. Katanya, apa yang saya sediakan untuk dia sangat sedap. Dia suka dan saya sebagai ibu lagi lah gembira ☺
Memang puas rasanya bila kita dapat sediakan bekal untuk anak. Kepuasan tu berganda bila Qhalif pulang dengan bekas yang kosong. Seronok tak terkata. Semangat nak sediakan bekal untuk anak makin berkobar lah. Selain dari membekalkan makanan yang berkhasiat, susu juga amat penting untuk tembesaran Qhalif.
Dapatkan Bekal Nutrisi Percuma
Cute tak bekas makanan ni. Kalau nak dapatkan bekas makanan yang super duper cute dari Dumex Dugro®, anda boleh dapatkan dengan cara membeli 2 pek 900g Dumex Dugro® tidak kira variasi yang mana dan dapat percuma 1 Bekal Nutrisi. Kalau nak dapatkan kesemua koleksi, belilah lebih lagi pek susu Dumex Dugro®... hehehe... Serious.. Memang cantik Bekal Nutrisi nih tau. Rugi kalau anda tak grab. Kalau korang nak dapatkan lebih info, bolehlah layari laman web Dugro di sini
http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp