Dilema Obesiti? Jom Ikuti Program Diet HSG Bersama Dr. Malinda Mohd Ali
Advertorial Friday, November 04, 2016
Psstttt… Tengah nak mengkuruskan badan ker? Atau sedang mencari ubat yang boleh menurunkan berat badan? Atau masih mencari-cari lagi ubat atau program yang sesuai supaya dapat berat badan yang ideal? Siapa yang tak cemburu bila tengok badan orang lain kurus ramping dan cantik kan. Nak jugak dapatkan bentuk badan yang macam tu.
Sedih rasanya bila berat naik mendadak. Lebih-lebih lagi bila bentuk tubuh badan dah mula nampak ketara berisinya. Baju seluar dah tak muat. Nak jalan pon rasa mengah sebab badan dah berat. Nak berdiri lama-lama pon rasa sakit. Apa tah lagi bila nak solat kan. Pergerakan agak terbatas disebabkan berat badan yang melampau. Mula lah rasa rendah diri dengan bentuk badan sendiri. Maka bermulalah pencarian ubat kurus dan yang sewaktu dengannya. Haaaaa… Pada yang masih tercari-cari tu, elok lah baca info yang saya nak kogsikan nih.
Pernah dengar Program Diet HCG tak? Ianya merupakan revolusi baru dalam rawatan obesiti yang akan dipantau sendiri oleh Dr Malinda Mohd Ali. Siapa Dr Malinda ni? Ok… Dr Malinda Mohd Ali ni merupakan Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultancy. Berpengalaman selama 15 tahun sebagai Doctor Perubatan dan telah memberi coaching HCG selama lebih 4 tahun dan telah membantu lebih dari 300 client mencapai berat badan idaman mereka. Wowww….
Sebelum tu, meh kita amik tahu dulu apa itu OBESITI. OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.
Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!
BAHAYA OBESITI
Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
- Diabetes (Kencing manis)
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Kolestrol Tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Stroke (Angin Ahmar)
- Batu hempedu
- Kanser Payudara
- Kanser Prostat
- Kanser kolon (usus besar)
- Masalah pernafasan (respiratori)
- Masalah muskuloskeletal
- Vena varikos
- Masalah kulit
- Osteoarthritis
- Penyakit Alzheimer’s
- Gout
- Sleep Apnea
- Infertility (Ketidaksuburan)
- Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depressi
Sekarang saya terangkan apa HCG. HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.
HCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.
BAGAIMANA HCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan HCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.
Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.
Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan.
Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
HCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.
BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.
ADAKAH RAWATAN HCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap HCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. HCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program HCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.
Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa HCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.
Haiiii… Tekun membaca nampak. Menarik sangat program ni kan. Lagi pon program ni Doctor sendiri yang pantau. Memang boleh dipercayai. Tak der lah rasa takut sangat kan. Nak tambah korang tertarik lagi dengan Program Diet HSG ni, sila baca testimoni dari pelanggan yang dah mencuba ni ha:
1) Puan Farah
Pengalaman beliau yang [Pernah Di Hina Kerana Obes]
2) Puan Salwa
3) Puan Hani
Ini antara sebahagian testimoni. Banyak kalau nak letak semua testimoni kat sini. Kalau nak baca testimoni lain, boleh baca kat [SINI] dan [SINI]. Memang korang akan teruja tengok perubahan pelanggan yang dah berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Program Diet HSG Bersama Dr. Malinda Mohd Ali, boleh hubungi atau boleh layari :
Website: www.drmalinda.com
Facebook: Dr Malinda Health & Beauty Academy
WhatApps: 017 508 4430 (Dr Malinda)
Email: drmalinda@gmail.com