Unexpected Pregnancy...Kandungan nak masuk 5 Bulan baru sedar diri hamil lagi, kisahnya...
Aku Monday, July 16, 2012Ok...sila jangan salah faham dengan tajuk diatas. Saya tak pregnant lagi yer. Si Qhalif pon baru jer 3 bulan. Cukup lah dulu. Sakit nak beranak masih terasa lagi hingga hari nih...bagi lah mak rehat dulu yer noks.
Ini cerita yang aku tak sempat nak publish sebab si qhalif tak sabar² nak kluar. Sebelum aku citer pengalaman bersalin anak ketiga, baik aku citer dulu pasal kehadiran qhalif...baby unexpected. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri...cewahhhh...ekekekeke...
Perutku yg cumil
Tu dia...tajuk yang agak panjang. Dalam entry INI, ramai yang tertanya² dan banyak persoalan yang berada di minda uols yer. Aku sendiri pon tak sangka. Tapi tu lah, kita hanya merancang kan...tapi DIA adalah perancang yang terbaik. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Seperti uols sedia maklum, aku fully breastfeed qahirah. Genap setahun usia, susu dah start drop. Macam² petua aku amalkan, tapi masih macam tu gak. Period plak masa qahirah 4 bulan aku dah start period. Ingatkan kalau fully BF, tak lah period. Tapi ikut badan memasinglah kan. Pastu period plak on and off. Tu yang unexpected tu. Apa yang aku perasan, dah beberapa bulan tak period. Tapi aku yakin yang aku tak pregnant...confident noks sebab tak rasa apa². Yang aku fikir hormon dah lari lah nih.
Bila masuk jer bulan December, masih tak period lagi. Sudah mula rasa cuak di situ...muahahahahaha...sebabnya, selalu heartburn, pastu perut pon ada sedikit buncit. Tak besar pon buncitnya dan memang tak nampak macam pregnant pon. Pastu kekadang ada gak rasa macam menguis², tapi aku fikir mungkin angin kot. Si dia dah sibuk dan bising² soh check, cuak pon ada gak sebenarnya tu. Tapi mak still confident noks, mungkin sebab tak period, tu yang perut buncit. Pastu siap berdoa lagi, doa ni pon member blog yang bagi. Doanya:
"Ya! allah, aku belum bersedia, kau berilah rezeki anak dulu pada orang yang memerlukan waktu ini. Tapi kalau benar aku mengandung sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Buatkan hatiku redha"
Tu dia, doa aku untuk kawan² yang masih belum ada rezeki anak ☺☺. Bila si dia dah mula risau, takut ada penyakit lain ker, gi lah klinik. Citer lah kat doctor pasal masalah aku. Doctor tanya bila last period. Tu lagi satu masalah...aku lupa bila last period nya. Ok lah...doctor soh baring. Bila doctor pegang jer perut, trus dia cakap 'ni nak masuk 5 bulan dah ni'....gulpppppppp....speechless, terkesima, terperanjat dan macam² perasaan lagi lah. Pastu doctor scan sebab nak tengok condition baby macam mana dan bila due datenya. Alhamdulillah...baby sihat. Due date pon doctor ikut ukur lilit kepala baby sebab aku tak confirmed bila last period.
Perasaan aku? Memula tu rasa macam susah nak terima gak sebab qahirah pon belum 2 tahun lagi dan adalah masalah² lain lagi. Tapi tu lah, DIA yang maha mengetahui. Rancang macam mana pun, kalau dah di tetapkan rezeki olehNYA...aku redha. DIA duga aku dengan dugaan yang aku rasakan cukup hebat, tapi dalam masa yang sama DIA bagi aku rezeki. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Aku bersyukur sebab baby nih sihat sempurna. Iyerlah...dah masuk 5 bulan baru nak makan vitamin. Sebab tu HB aku rendah.
Lepas dah tau jer pregnant, terus perut aku membuncit bagai johan dengan mendadaknya. Kesian baby nih, dah masuk 5 bulan baru ibu tau kewujudan awak...sob..sob...sob. Untuk pengetahuan semua, sepanjang pregnant dari anak 1st sampai lah 3rd nih, aku memang tak der alahan langsung. Syukur sangat². Kesian bila baca pengalaman kawan² yang teruk kena alahan masa pregnant. Bahagian masing² kan.
Cuma pregnant kali ni aku alami masalah emosi yang sangat teruk. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Anak² adalah kekuatan dan semangat. Ujian dari DIA untuk aku.
Bila di fikir² balik, baru aku perasan. Susu aku drop, heartburn, teringin nak makan buah CIKU, Kek batik dan Tantrum si Drama Queen...ni suma adalah tanda² pregnant. Alahaiiiiii...dah ada pengalaman 2 anak pon masih tak perasan lagi ker ☺☺☺☺.
Itu lah kisahnya. Aku pon macam tak percaya jer yang aku pernah kadungkan janin yang hampir 5 bulan tanpa aku sendiri sedar. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA, syukur ya! allah.