Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan satu novel, tapi......
6 biji novel sekali beli. Perghhhhh...tamak haloba ko. Berapa lama lah nak habis baca ni wei....hehehe...Cuba nak membaca novel dari hasil tulisan ACIK LANA pula. Ramai yang kata terbaik. Baca sinopsis pon dah tau novel tu best. Tak sabar nak tunggu novel² tu sampai. Ni pon tengah mengintai² novel 'Teduhan Kasih' dengan 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Nak beli sekarang ker, nak beli kemudian...hurmmmmm. En. suami...sila belikan novel² tu. Buku² motivasi juga tak terkecuali. Antara yang menarik perhatian:
Kalau tangan ni masih gatal lagi. Tak dapek den nak nolong. Selamat membaca lah buat diri sendiri. Nanti boleh buat mini library kat umah tu >_<. Last but not least, hati berbunga² keriangan sebab menang buku ini:
Alhamdulillah...rezeki berpihak kepadaku juga. Mekasih banyak² kak. Semoga rezeki akak dan keluarga bertambah murah ☺☺. Kak Nora Karim ni rajin buat Mini Giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Memang menarik semua buku yang ditaja tu. Jom terjah blog Dialog Uda @ Nora Karim
Note: Peringatan buat diri sendiri. Baca novel tu...bacalah juga. Tapi AL-QURAN jangan lupa nak baca pula. Alhamdulillah...daku dah mula membaca ayat² suci itu walaupon sekadar sehelai dua mukasurat. Semoga tidak terhenti Ya! allah.
.
Semuanya adalah kesinambungan dari kisah novel Ombak Rindu. Sana sini orang dok citer pasal filem Ombak Rindu nih. Kalau baca novel pon dah best, ini kan pulak bila nengok filem kan. Review pon ada yang pro and con...biasalah tu.
Novel ni antara novel yang aku suka baca masa zaman anak dara dulu. Memang ulang² baca sebab citer nya best...tak bosan. Memang suka baca novel karya Fauziah Ashari nih. Biasalah kan...klo baca novel kita boleh bayangkan watak² dalam tu. Kecantikan izzah, ketampanan Hariz dan kejahatan Pak Taha. Aku nak cari balik novel nih, tak tau mana letaknya, nak baca balik. Semua dah tau kan pasal sinopsis nya.
Pastu ada plak sambungan novel Ombak rindu...Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kisahnya...
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah …..Cinta … Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta … Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.
Novel Ketiga pulak Rindu Cintaku. Yang ni aku rasa macam dah baca gak. Kisahnya...
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.
Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.
Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau… Nyawa?
alaaaaa...nak kena cari balik novel² nih. Yang ada dlm tangan Novel Kedua, Cinta Tiada Akhirnya. Kalau ikut novel, ada part 1 and 2. Kalau ikut filem...ada sambungannya ker?☺☺☺