Bila semua teknologi hanya dihujung jari sahaja. Memang senang. Sebelum ni memang dah lama tau pasal servise dari MyEG ni. Tapi tak pernah try. Kebetulan road tax dah nak tamat tempoh 11 June nih. Insurance pon dah tentu lah tamat jugak kan. Nasib husband dah renew insurance siap². Tugas wife renew road tax jer lah.
Kalau nak guna service MyEG ni, haruslah register dulu. Dah register, trus gi kat bahagian JPJ nih.
Klik kat Road tax renewal
Isi info² yang diperlukan. Dan klik proceed.
Nanti akan kluar kotak nak bayar pakai apa. Online banking atau Credit card. Masa tengah loading tu jangan refresh. tapi kan....memang lama betul loading nak tunggu kotak untuk masuk username and password bank nak muncul. Dekat 30 minit kot aku tunggu. Bila dah lama menunggu, aku call MyEG. Katanya kena reset payment pastu buat balik...ppffttt...Finally berjaya jugak.
Hari Isnin tengah hari buat, petang selasa dah dapat. Kalau buat haritu, petang tu jugak nak, boleh jer. Tapi charge RM20.00 lah. Kalau pos biasa RM6.00 jer. Ok...Dah boleh tampal road tax sebab esok dah expired ☺
Note: Kalau belum renew road tax tu, boleh try dengan MyEG nih ☺