Kejap jer dah petang. Baru balik dari HQ. Ada briefing plak. Nak citer pasal CNY. Biasalah lah kan. Kat office aku ni kalau ada musim² perayaan. Kami semua akan dapat goodie bag. Untuk Chinese New Year kali nih, dapat chopsticks plak. Alahaiiiii...kalau dapat angpow best juga kan...hehehe...HR dah bagi tu, banyak songeh plak mak jemah ni kan. Nak buat apa dengan chopsticks nih? Buat perhiasan sudah lah ☺☺. Bukan nya reti nak pakai pon. Serious...aku tak reti nak makan pakai chopsticks nih. Kalau makan kat luar pon, dapat benda nih jer aku dah request garfu.
Limau plak. Memang banyak dapatlah kan. Berkotak² contractor bagi. Tapi aku tak bawak balik banyak pon. Tak elok sangat makan banyak². Buat sakit tekak jer. Tapi kalau dapat makan sejuk²...perghhhhh...nikmat betul. Kalau dapat kat anak dara yang bijak tu, dia suka kopek buah limau nih. Tapi makannya sikit jer pong. Dapat limau yang manis syok lah gigit, dapat yang masam...masam sangat lah plak kan. Tak taulah tahun ni dapat angpau ker tak. Last year dapat duit hijo besa tu ☺☺
Note: Rasa hari ni macam hari jumaat jer...hurmmmm...