Siapa yang tak suka Lego kan. Dari budak kecik sampailah orang dewasa memang suka dengan mainan Lego ni. Orang kata mainan Lego ni memang sesuailah untuk semua peringkat usia sebab ada macam² jenis Lego yang dikhususkan mengikut umur. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, meh kita belajar sikit asal usul Lego ni yer.
Kalau nak tau, Lego ni ditubuhkan pada tahun 1940. Perghhh… cer kira dah berapa tahun usia Lego. Lego ni berasal dari Denmark dan perkataan Lego dalam Bahasa Denmark disebut ‘Leg Godt’ yang bermaksud ‘Bermain Dengan Baik @ Play Well’. Ok, dah tau kan asal usulnya. Citer sikit² cukuplah sebab nak citer banyak lagi ni.
Minat dengan Lego tapi tak tau nak beli kat mana. Yang ada kat mall pon tak banyak sangat koleksi Lego yang ada. Haaaaa… Nak cari kedai yang jual semua produk Lego? Nak citer dan nak share dengan uolls lah nih. Memang kadai ni jual semua jenis Lego. Macam² Lego ada. Dari yang sekecik² Lego sampailah sebesar² Lego. Nak yang murah? Ada jer. Yang mahal sampai tahap buntang biji mata kau nengok harga pon ada tau. Apa nama kedainya.
Key chain Lego dan juga mini figures Lego
Mighty Utan nama kedai diberi. Unik kan nama ni. Kedai Mighty Utan ni menjual pelbagai jenis Lego. Pilih jer nak jenis macam mana. You name it. Nak set Lego? Nak Minifigures Lego yang cute miut tu? Nak Lego Bricks? Nak Key chain Lego? Semua ada. Memang macam² ada lah senang citer. Yang lagi best, ada jual loose bricks. Kalau Lego korang ada yang hilang seketul atau dah rosak. Boleh datang Mighty Utan untuk beli loose bricks saja.
Suasana dalam kedai
Sabtu baru² ni saya dan family diberi peluang menghabiskan masa dengan bermain Lego di Mighty Utan cawangan Petaling Jaya. Rasa bergetar jantung saat melangkah masuk kedai Mighty Utan ni. Bergetar sebab anak² memang suka kan Lego. Jangan kata anak², hemak dia ni pon suka jugak. Lagi over kot kalau main dengan anak. Sebab mak yang over nak pasangkan… Hehehehe…
Pilih... Jangan tak pilih
Lego untuk Kanak²
Lego untuk kanak² perempuan dan juga lelaki
Macam². Lego Ghostbusters pon hado.
Ok… Sambung citer. Masuk jer dalam tu kau dah rasa rambang mata dan panas punggung sebab tengok bermacam jenis Lego kat dalam tu. Kalau perasaan kau pon dah macam tu, anak² apatah lagi. Tak keruan dibuatnya hoiiii!!!! Berlegar² dalam kedai nengok Lego. Hati kau pon dah tak tenang bila ada suara² mula request Lego… ‘Ibu, kita nak yang ini’… Ibu, cantiklah Lego ni’… 'Ibu, belikan untuk kita’. Kau nampak tak, kalau nak membeli semuanya sebut ‘IBU’… Ohhhhemmmgiii sangat. Cer sebut ‘ABAH’… Ekekekeke… Jangan marah husband.
Model Lego Star Wars
Bila nengok harga... hurmmm… Ok… Ada harga yang mampu milik dan ada harga yang kau mampu tengok saja yerp. Tapi kalau dah anak minat giler dengan mainan Lego ni, apadehal dengan harga kan. Lagi pon mainan Lego ni sangat bagus kalau kita bagi anak² main. Daripada kau bagi anak main gadjet yang boleh merosakkan urat saraf mata. Daripada kau belikan gadjet yang boleh melalaikan diri dia dan sekelilingnya. Baik kau beli Lego yang banyak kebaikannya. Erkkk… dah macam rangkap pantun pulak…ngeeee…
Apa kebaikan Lego ni yerp? Haishhhh… Tak kan tak tau lagi kot. Meh nak bagitau:
KLCC dalam pembinaan gittew ☺
1) Apa yang anak² boleh dapat masa mereka main Lego ni ialah mereka dapat belajar macam mana nak merancang dan membina. Iyerlah… Kena rancang nak buat atau bina apa dengan Lego nih. Nak buat rumah ker. Nak buat bangunan ker. Dari situ ia dapat meningkatkan lagi tahap kretiviti dan berfikir aras tinggi macam mana nak reka bangunan atau rumah… Cewahhh… Ayat kau kemahen lagi
2) Lego dapat mengajar anak mengenal warna. Lego kan kalerful. Dapat juga mangajar anak mengenal bentuk sebab ada pelbagai rupa kan (bulat, segiempat, segitiga) dan juga mengenal saiz (besar dan kecil)
3) Dapat membantu anak² dalam koordinasi motor halus melalui kemahiran tangan dan mata. Iyerlah… Nak cantumkan Lego tu kan kena masukkan betul² pada ruang atau lubang yang betul. Tangan yang kuat dan mata yang tajam itu perlu gittew kan.
4) Yang pasti, Lego menyediakan persekitaran yang menyeronokkan untuk anak² meningkatkan tahap imaginasi, berfikir dalam tiga dimensi dan juga memupuk semangat kerjasama semasa bermain.
Dah baca kebaikan Lego? Bagus sangat kan. Tak teringin ker nak beli untuk anak²? Kalau nak beli, sila serbu kedai Mighty Utan yang berhampiran dengan anda. Terdapat 2 cawagan kedai Mighty Utan. Ini alamatnya:
Cawangan Petaling Jaya
Menara A, Level 7, Unit 3
The Tube, Dataran Prima
Jalan PJU 1/37
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Phone: 03-7886 9369
Operation Hours:
Mon - Fri: 12.00 PM - 7.00 PM
Sat - Sun: 11.00 AM - 7.00 PM
Cawangan Cheras
1F-23A, Cheras Sentral Mall,
Jalan 2/142A
56000 Cheras
Phone: 03-91081269
Operation Hours:
Mon- Thu 12PM - 9PM
Fri 12PM - 10PM
Sat - Sun 11AM - 10PM
Email: custserv@mightyutan.com.my
Sila salin address ni dan pergi tau. Jangan gi sorang². Bawak family sekali. Boleh rambang mata berjemaah... Ekekekeke... Kalau nak tau lebih lanjut, boleh intai² kat sini pulak:
Website: www.mightyutan.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/MightyUtan
Instagram: https://www.instagram.com/mightyutan
Note: Phewwwww... Akhirnya siap jugak. Gigih aku mengarang ayat wei. Naik juling bijik mata nih...ppffttt...