To be honest, aku ni bukan lah jenis kaki makeup . Gi office pon setakat pakai lip gloss jewr. Itu pon kalau teringat nak pakai. Kalau tak memang gi kerja dengan natural beauty gittew. Lipstick lagi lah. Dah lama aku tak membeli lipstick. Orang lain sibuk kumpul gadjet makeup, aku.....kumpul duit jer lah...muahahaha...Tak reti aku nak pakai eye shadow, blusher, eye liner dan yang sewaktu dengannya lah. Biar tak cantik di mata orang, janji cantik di mata Suami dan Allah, yer dop.
Errkkk...dah tergelincir dari landasan citer aku ni. Pada hal nak citer pasal Lipstick Collagen D'herbs ni jerw. Terbaca kat blog kak TAB @ Herba Tihara pasal lipstick ni. Tetiba terus terminat plak nak mencuba. Pada hal selalu jer tengok lipstick. Tapi tak der keinginan plak nak membeli. Biasalah kan, pengaruh laman sosial. Nampak benda baru suma nak beli. Macam duit banyak sangant...ppfftttt...Apa yang menarik dan tertarik sampai nak beli ni? Meh baca pasal lipstick collagen ni:
Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.
KHASIAT LIPSTIK COLLAGEN
1. Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
KANDUNGAN LIPSTIK COLLAGEN
1. Gamat-antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.
2. Minyak Biji Anggur merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
3. Collagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan maka menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
4. Propolis sebagai penetral racun dalam tubuh dan sekaligus anti oksidan kuat
Haaa...menarik kan. Kalau uols ada masalah Bibir kering? Lipstik tidak tahan lama? Bibir Mengelupas dan sensitif? Atau bibir pucat, gelap dan kusam? Jangan risau, in shaa allah, Lipstick Collagen D'herbs in dapat menjadikan bibir anda seksi macam Angelina Jolie...ekekeke...Kalau dah buat testimonial, kena lah ada gambar kan. Nah:
Bibir aku memang jenis kering. Tapi bila pakai lipstick collagen ni bibir jadi sihat. Tak der pengelupasan...erkkk...dah macam pengelupasan kulit pulok...ngeee...Yang best, kaler bibir jadi semulajadi ikut suhu badan dan darah. Tak yah susah² nak pilih kaler lipstick. Calet jer lipstick collagen ni, bibir dah bertukar kaler dengan sendirinya. Kaler pink uols. Berkilat plak tu. Tapi kalau bibir korang bertukar jadi hitam, tak dapek den nak nolong...hehehe...
Kalau uols rasa nak bertukar lipstick, bley lah try ni. Jangan sampai orang tegur "Eeeeeeee...muka jer cantik, tapi bibir kering, kusam dan pucat"...haaaaa...Memang nak kena pelempang kokodal lah orang yang celupar tu...kahkahhak...gurau jewr. Sila contact kak TAB @ Herba Tihara. Bukan lipstick jewr, ada macam² lagi. Gi terjah. Service thorrbaikkk.
Note: Kalau ada sesapa nak buat produk review, boleh lah panggil aku...ekekeke...Ok kak TAB, tugasku dah selesai ☺☺