Siapa yang tak suka dengan LEGO® kan. Dari bebudak sampai lah orang dewasa. Rata² nya penggemar mainan LEGO®. Macam² jenis dan pattern LEGO® yang ada skang ni. Nak tau tak, Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.
Cute sangat kan. Tergoda gak nengok. Iman Hakimi sibuk soh beli. Peminat LEGO® katakan. Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru. Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.
Majlis perasmian Koleksi LEGO® Shell V-Power yang berlangsung pada 5 November lalu di Blue Concourse, Sunway Pyramid telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, Dalam ucapannya, Shell berharap dapat menarik minat orang ramai, termasuklah para pemandu, peminat perlumbaan kereta, penggemar barang mainan, kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk sama-sama menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka.
Macam mana nak dapatkan LEGO® Shell V-Power ni? Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.
Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 dan HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).
Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.
Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.