Tu dia. Tajuk kuih bukan main panjang lagi. Tiba-tiba terajin pulak nak buat kuih. Aku kalau buat kuih memang cari resepi paling mudah dan simple jer. Dan Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch antara yang paling mudah dan senang nak buat. Lagi pon harga kuih makin mahal lah. Baik buat sendiri. Dapat banyak sikit kuih kan.
Tu dia... fresh from oven. Ni last minute punya plan. Dah nak raya baru nak buat kuih. Bukan apa, kalau buat awal-awal memang kuih raya kau tak sempat nak tunggu sampai raya. Yang baru buat ni pon dah jadi bahan kudapan. Kalau tak kontrol boleh habis. Apatah lagi kuih raya yang aku ada beli sikit. Dah tinggal balang kosong. Tu namanya kuih puasa. Ok... ni Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch
Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch
Bahan-bahan
➔ Choc chips
➔ Badam nips
➔ Madu
➔ Gula perang
➔ Butter
➔ Tepung gandum
➔ Soda bikarbonat
➔ Baking powder
➔ Susu tepung
Cara-cara
- 150gm butter
- 1/2 (setengah) cawan gula perang halus
- Sedikit esen vanilla
- 2 sb madu
* Whisk semua bahan. Dah sebati, tambah 👇
- 1sk baking powder
- 1/2 soda bikarbonat
- 1sb tepung beras
- 1sb tepung jagung
- 1 cawan setengah tepung gandum, uli dan tambah 2sb susu tepung
* Dah gaul rata, masukkan 👇
- 1/2 cawan nestum
- 1/2 cawan choc chips
- 1/2 cawan almond nips (Tak perlu sangai)
* Simpan dalam freezer 30 minit. Setkan oven 160'c (Api atas bawah) dan bakar selama 30-35 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)
Sebalang ni dapat dalam 76 biji kuih selepas ditolak dengan kuih yang dah masuk perut ☺
Bersengkang mata aku malam isnin tu sampai pukul 2 pagi dok bakar kuih sebab buat lambat. Nak tunggu anak-anak tidur especially si domok Harraz tu. Memang mencabar lah buat kuih dengan ada anak kecik nih. Banyak iklan sebab dia asyuk bangun nak menyusu... ppffttt... Sampai terlajak sahur aku semalam.
1st day tu dapat sebalang kuih. Adunan aku buat tak banyak sebab 1st time buat kuih ni. Takut tak jadi. Alhamdulillah... Kuih aku menjadi dan cantik kejadiannya. Sedap pulak tu. Makan pulak panak-panas baru kluar oven... pergghhh... Puas hati tengok hasil kuih sendiri menjadi. Malam semalam sambung lagi buat kuih yang sama. Sekali kurang butter sebab berderai. Solution nya.. Kau tambah jer bata. Nasib kuih tak jadi apa-apa. Malam ni sambung lagi membakar ☺☺
Note: Kedai bakery pon masih ramai orang. Banyak geng rupanya buat kuih last minute ☺