Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk jugak nak buat kuih raya kan. Hari Raya dan kuih raya takkan terpisah gittew. Awal² ni lah elok buat kuih raya. Kang dah hujung² puasa takut kelam kabut plak nanti.
Ni nak share resipi kuih raya. Siapa suka Kellogg's Corn Flakes? Pastinya ramai yang suka kan. Kalau breakfast dengan Kellogg's Corn Flakes pon dah sedap, apatah lagi kalau buat biskut pakai kellogg's corn flakes nih sebab kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Memang super duper sedap. Ok...kita mulakan dengan resipi yang pertama dulu. Memang senang sangat nak buat.
JEJARI ROTI KELLOGG'S CORN FLAKES
Bahan²
- Roti Gandum
- Mentega
- * 40g Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
- * 30g Gula Merah
- * 2 Sudu besar Serbuk Badam
- * 1/2 Sudu kecil Serbuk Kayu Manis
- Panaskan oven 160' C. Sediakan loyang dengan kertas baking
- Campurkan bahan² bertanda * ke dalam mangkuk
- Potong roti ikut saiz yang disukai. Nak buat bentuk apa pon boleh. Jangn lupa buang kerak roti tu.
- Sapukam mentega kepada setiap bahagian. Suka hati nak pakai mentega jenama apa pon.
- Taburkan bahan² bertanda * ke atas bahagian yang roti yang dah disapukan mentega
- Susun roti atas loyang
- Bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna roti bertukar keemasan.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Close up sket. Saya buat versi mentega dan juga nutella. Pakai roti biasa. Nanti nak buat pakai roti gandum plak ☺
BISKUT ARAB KELLOGG'S CORN FLAKES
Bahan²
- 250gm Tepung gandum
- 125gm Gula Halus
- 125gm minyak sapi
- Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
- Paper cup
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati
- Buat bentuk bulat-bulat kecil
- Masukkan dalam paper cup
- Bakar 180ºC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak
- Sejukkan dan taburkan gula halus
Close up sket. Agak tak seimbang saiz biskut arab kellogg's corn flakes saya nih. Biasalah...buat dengan penuh kasih sayang dengan anak² katakan. Memasing sibuk nak menolong. Rajin anak² ibu ni. Riuh dapur dibuatnya.
Ni biskut arab versi simple dan versi baru. Tak pernah dibuat orang biskut arab campur dengan kellogg's corn flakes. Ko mampu?...hahaha...Sila lah cuba. Sedap tau. Rasa crunchy jer bila makan. Kalau rasa kosong, boleh tambah letak buah ceri kat atas biskut arab tu. Tak pon buat biskut arab colorful. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pasti letak lah pewarna.
Ni nak bagitau. Sempena bulan ramadhan ni, Kellogg's ingin memperkenalkan 8 resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad untuk menggalakkan anda mencubanya pada bulan ramadhan ni. Silalah kunjungi Trak Sample Kellogg's yang akan berada di bazar ramadhan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17 June 2015 hingga 10 Julai 2015.
Anda berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat tentang bagaimana Corn Flakes boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk membuat biskut istimewa untuk perayaan ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kellogg's juga telah bekerjasama dengan pengacara popular program 'Jalan-Jalan Cari Makan', Maria Tunku Sabri untuk menghantar biskut ke rumah anak² yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan yang mulia ini.
Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokaso trak sample yang terpilih seperti:
· Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
· Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)
· Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)
Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat
ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi
berikut:
Jangan lupa tau mencuba resipi² ni dan jangan lupa beli Kellogg's Corn Flakes. Sila terjah juga trak sample Kellogg's nih.