Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp ☺
_____________________________________________________________________
Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.
_____________________________________________________________________
Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.
Semalam terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk
darjah satu katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk
darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak² mereka akan
memasuki tahun satu. Meh nak share pengalaman #makbanyakanak tahun lepas. Harap
dapat membantu.
Perkara utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:
1) Yuran Sekolah
Tak perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan. Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja.
2) Buku sekolah
Untuk buku sekolah ni, better beli awal².
Jangan beli masa hari orientasi sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang
nak membeli buku jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari
darjah satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli,
masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang perlu dan
tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak atau selepas tu.
Kalau tabah nak beratur panjang, dipersilakan…hehehe…
Kalau nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah adalah RM119.90. Buku teks tak payah risau
sebab sekolah bagi free jer.
3) Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)
Model tak berbayar Jony & Jeny
Untuk Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju
dan Seluar) untuk sekolah Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk
sekolah agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang
mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny.
Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada jenama kan. Kalau
uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon
boleh.
4) Bag Sekolah
Aku peruntukan 2 bag sekolah.
Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu
dapat free masa graduation day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli
bag sekolah yang mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang
terpaksa tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan. Koyak
sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut lah. Dua kali lah
kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak perempuan mungkin pandai jaga sket
kot.
5) Kasut Sekolah
Bagi pendapat aku. Better keli
kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis canvas + PVC yang macam span tu. Dan
ingat…beli kasut lekat dan bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang
sangat mahir ikat tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak
menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman kita dulu
kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana ada besi kat belakang tu. Jaman
skang ni kalau kasut basah sidai bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main
laju lagi. Tapi kalau nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli
jugak kasut canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut
sekolah untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si
kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.
Jangan lupa juga beli kapur
kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam
ada pengalaman jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh kasut sendiri]. Sebab
ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer.
6) T-Shirt Putih dan Tracksuit
Yang ni pon perlu di ambil kira
jugak. Budak² sekolah skang kalau ada subject pendidikan jasmani dorang kena
pakai baju sukan PJ sehari . Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar
baju pastu tukar balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit
(bertampal nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan
permintaan tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena
menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri yer. Mana yang tak der baju
PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt putih.
7) Stationery
Haaaaaa…bab stationery ni
kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi jer, hilang. Asal
hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam. Colour pencil jangan cakap lah.
Kontot² di kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam
pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak der lah
membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM. Beli banyak dapat
murah kan.
8) Bag Tags
Maaf empunya blog. Pinjam gambar jap
Cute kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni untuk gantung kat bag
sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana satu bag sekolah dia. Biasalah…bag
sekolah kan kekadang sama design nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag
ni adalah penyelamat. Tapi Kalau tak letak pon tak per.
Iyer lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau bley gi [FB] dia untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata kat [AnnaRozy Homemade Kids Couture]. Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.
9) Sticker Nama
Bagus jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar yang senunuh sikit.
10) Lencana dan Name Tag Sekolah
Dulu pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin Skang ni suma nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name tag] tu aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.
11) Duit Belanja
Aku bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah
sehari RM3 pagi dan RM1 petang sebab tengah hari abah dia datang amik pastu
bawak gi makan. Tapi better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah
apa makanan yang di belinya. Pastu [makanan kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei. Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.
12) Transit
Yang ni sangat penting. Macam aku
pepagi En. Bos atau aku sendiri yang hantar. Sekolah agama kimi plak memang
berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu
sekolah agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah
agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah agama terus.
Tapi aku amik yg private yang di panggil
kelas KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM
Ada jugak sekolah agama gomen.
Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang aku kena fikir sebab anak² aku yang
amik waktu petang. Keselamatan kimi kalau aku terlewat balik yang paling
merisaukan. Kalau KAFA ni ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70
even sekolah ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot
yuran van/bas sekolah.
Zaman skang tak macam zaman kita
dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki jer. Agak jauh jugak lah dari rumah.
Tapi skang ni kalau nak lepaskan anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak
kali. Jenayah makin berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam
mana nak transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker. Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana
yang dorang perlu naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah anak² kalau ada emergency kes ker kan.
Ok...dah panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu. Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik, aku sendiri yang amik.
Note: Nanti jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar anak. Anak relax jer,,,hehehe...