Lepas seminggu telinga qahirah masih berair, aku gi klinik balik sebab doctor ada pesan kalau masih tak ok dalam masa seminggu tu, datang klinik balik. Last week gi klinik doctor check masih lagi berair. Apa lagi, minta referral letter ING. Nak jumpa terus ngan pakar ENT.
Kebosanan menunggu doctor. Sopan btul anak dara nih...hahahahaha...
Buat appointment kat Hospital Az-Zahrah. Dapat hari Rabu @ 8.00 pm. Semalam gi lah spital. Dari pukul lapan lebih, pukul 10.15 pm baru dapat jumpa doctor. Sampai tertidur lah anak dara tu tunggu doctor. Ramai rupanya orang sakit telinga...hehehehehe...Lagi pon dr amik masa 15-20 min untuk setiap pesakit. Harap maklum.
Tiba giliran, dr check telinga qahirah. Memang masih berair and telinga kanan pon dah mula kena jangkit. Pastu gegendang telinga kiri dah mula berlubang. Ngeri mak dengak noks. Tapi tak beso pon lubangnya. Baru sebesar lubang jarum. Even tak besar, tapi tetap ngeri di pendengaran telinga aku nih bila mendengarnya. Kesian anak aku. Doctor pon explain lah pasal otitis nih. Pastu tanya macam² lah. Ada asma ker tak...hantar nursery sejak bila...bla..bla...
Selesai dr. tu bertanya, tiba giliran aku plak utk bertanya...hehehehe...Kesimpulannya, bebudak yang dok nursery memang terdedah ngan penyakit nih. Menghantar anak seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa. Aku tak nafikan sebab Qahirah dok nursery pon masa umur 2 bulan lebih. Iman dulu dah 6-7 bulan baru hantar nursery. Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang. Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan. Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga.
Memang bagus lah dr. Mohd Azmi nih. Lembut jer orangnya. Cara dia explain pon bagus. Suma doctor lelaki kat az-zahrah nih best² lah. Dr. Nazim...pakar kanak² and dr. Zul...pakar mata. Sumanya jenis soft spoken....erkkkk...sesat barat plak...muahahahahaha...memang highly recommended lah kalau uols nak jumpa doctor pakar.
Lepas dah check suma, tibalah masa untuk mencuci telinga. Bagus lah qahirah, sikit pon tak nangis. Strong baby...luv u lah. Risau gak aku takut dia nangis. Sedap agaknya masa doctor godek telinga tu...ekekekeke...pastu doctor highly suggest soh amik pneumococcal vaccine untuk qahirah. Rasanya klo ING dah boleh claim untuk jab nih. Tapi kena pay and claim lah. Agak mahal jugak tau jab nih. Tapi tak per, untuk kesihatan anak...mak sanggup noks.
Next appointment lagi 2 minggu. Haruslah kena datang cepat. Tak nak lagi tunggu lama². Di bekalkan ngan ubat antibiotic ngan ubat titis telinga untuk seminggu sahaja. Dr pesan buat masa nih klo mandi jangan basahkan kepala. Harap ada perubahan lah. Smoga telinga qahirah cepat sembuh.