Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong carikan info ^_^. Seperti yang di beritahu, jangkitan ni berpunca dari habuk² carpet, habuk² lantai dan yang sewaktu dengannya. Impetigo nampak seperti membahayakan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan dan boleh dirawat dengan mudah.
Sian tangan anak ibu.
Tangan qhalif si rambut pacak yang dah terkena jangkitan IMPETIGO. Alhamdulillah...dah nampak perubahan. Kuping² tu pon dah mula tertanggal. Kalau tak tu nampak kemerah-merahan dan bengkak sket. Tak sanggup mak nak tengok noks. Yang merah kecik tu pon dah nak jadi, tapi cepat² sapu cream yang doctor bagi tu. Trus terbantut pertumbuhannya....syukur...
Sharing is caring and loving kan. Ni ada sedikit info berkenaan IMPATIGO untuk rujukan kita bersama.
IMPATIGO
Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit.
Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang
dewasa.
Mempunyai sebarang komplikasi?
Amatlah
jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang
gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda
mempunyai ekzema. wlaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti,
amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi
bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. jika ruam
lampin yang menyebabkan masalah tetapi rawatan adalah tetap sama.
Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.
Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.
Bagaimana rupanya?
Ia
seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih.
selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh
berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan
kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat
bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan
kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi
kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simpton selalunya akan
kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.
Bagaimana untuk menghindarkan dari merebak?
Pertama
sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan
kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang
dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli
keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan
cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air
panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu
direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang
boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. anda dinasihatkan untuk
menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas
rawatan antibiotik. (Doctor kat klinik tu cakap tak berjangkit? Hurmmmm...nak kena doctor nih)
Bagaimana untuk merawatnya?
Sangat
penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk
pemeriksaan yang menyeluruh. jika perlu, bayi anda akan diberikan krim
antibiotik. jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin
dia memerlukan tablet. untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan
yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. keringkan dengan
berhati-hati dan lembut. juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan
air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung
tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. asalkan anda
membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa
yang perlu dirisaukan. jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke
sepuluh hari.
Sumber : mami & baby
Note: Tekak dah terasa sakit dari semalam. Bersin plak semakin kerap dan hidung dah mula berhingus...arghhhh...selsema. Smoga diri ini tak demam.