As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa nak stabil lately ni yerp...hehehe...*alasan. Ok lah. Straight to the point.
Ada yang tak kenal lagi ker dengan Aiskrim Malaysia. Mana lah tau ada yang tak kenal kan. Biasalah...anak² jaman serba canggih manggih. Kenal eskem Magnum, Hagen Daz, Baskin Robbins Meh lah nak kenal² kan ni ha....hehehe...
Project hujung minggu di hari sabtu. Bancuh, tuang, ikat ketat² dan bekukan. Buat Aiskrim Malaysia perisa oren ngan milo. Permintaan anak² haruslah ditunaikan. Selagi tak buat, selagi tu lah dok berzikir kat telinga si hemak ni ha. Hemak ko punya malas macam mana sekali pon. Tapi bila bab anak² punya permintaan. Terus jadi rajin tau.
Anak² plak memang hantu eskem. Ni dah buat untuk bancuhan kali ketiga wei. Eskem tak keras lagi dah nak makan...ppffttt...Si iman hakimi soh jual. Hurmmmm...tak per lah nak. Sendiri buat sendiri makan sudah. Memang tak boleh buat meniaga sebab tak sempat orang nak beli eskem dah habis.
Bila buat sendiri ni, terjamin kebersihannya. Sebab buat pakai air yang di masak. Kalau beli tu tak tau dorang pakai air masak atau air paip kan. Tau nak untung jer. Lepas ni kita buat eskem asam boi plak yerp.
Note: Lepas ni takyah beli eskem kat kedai dah. Ibu dah biat stok eskem kat umah tu.