Ok...ceritanya. Last year aku ada received email dari seorang abang, my ex-colleague masa kerja kat Maybank dulu. Even dah lama tak berjumpa, tapi email sebagai penghubung. Abang ni ada email kat aku pasal kedai Bakery kat SOGO. Ni emailnya:
Boleh baca tak? Boleh lagi kan. Memang terang² Manager tu tulis our
shop in KL
Sogo is not HALAL-certified. Lepas jer dapat email tu, aku pon gi lah website HALAL JAKIM. Taip lah kedai yang tersebut. Result nya adalah kosong (0)...kosong...kosong...Untuk mendapatkan lebih kepastian, aku email lah ke PORTAL HALAL JAKIM plak. Ini emailnya:
Ko nampak tak, betapa tersusunnya Bahasa jiwa bangsa Melayu aku..hehehe...Cuba tengok tarikhnya? Dah lama aku hantar, tapi masih belum mendapat apa² feedback dari pihak JAKIM. Kalau boleh aku tak nak up entry ni selagi tak received apa² maklumat. Tapi dah lama sangat aku tunggu. Bukan apa...ramai juga orang melayu kita yang membeli kat kedai tu termasuklah aku. Pekerja pon ramai melayu bertudung. Tapi aku tengok muka dorang macam Chinese look jer. Roti² dia memang sedap.
Diharap semoga JAKIM dapat upgrade system supaya maklumat/maklum balas dapat di terima dengan secepat yang mungkin. Status HALAL ni bukan boleh dibuat main. Serba salah juga sebenarnya ni. Takut info yang aku bagi ni tak betul. Kalao ada siapa² yang tau pasal kedai bakery ni harap bley update ASAP. Sharing is caring and loving kan.
Pada kamu² yang pernah membeli dan selalu membeli di kedai Bakery nih, pilihan di tangan kamu. Kalau dah tau ianya tak der sijil halal, berhenti lah membeli. Tapi klo kamu rasa info yang aku bagi ni belum cukup kukuh, terpulanglah.
Note: Dah call nursery pagi tadi. Anak dara tu ok jer...hurmmmm...tenang sikit ibu nak buat kerja.