Semangat kau nyah, Bila anak dah start makan, kau tak boleh nak malas-malas. Walaupon kau rasa malas nak buat makanan anak ni... hahaha... Perasaan jer malas. Tapi rajin sebenarnya. Bila dah jadi Mak/Ibu/Mommy memang kau kena buang perasaan malas tu. Lebih-lebih lagi bila anak kau yang paling kecik ni dah start makan. Anak yang besar-besar ni tak kisah sangat, Apa yang kau masak diorang akan makan. Yang baby ni kau kena lah sediakan dan masak kan makanan yang sesuai untuk dia makan kan. Haaaa... introduce kemahen panjang lagi. Dah... straight to the story.
Sumber: Fabulous Mom
Weekend haritu buat stock puree untuk Harraz. Beli bahan makanan nya dah lama. Tapi weekend baru ni start buat sebab nak tunggu Baby Food Freezer Cubes. Semangat tak semangat lah kau kan. Senang sikit kalau ada baby food freezer cubes ni. Setakat baby bullet storage cup yang ada 6 ketul tu mana cukup. Nak buat stock untuk seminggu kenalah ada baby food freezer cubes ni banyak sikit kan. Kebetulan Fabulous Mom tengah buat sale. Apalagi.... Beli 2 bekas terus brand [TREENIE - BREASTMILK & BABY FOOD FREEZER CUBES].
Ok... Bekas pon dah ada. Boleh lah kita buat stock Puree. Aku buat 2 jenis puree. Puree sayur... Carrot dengan Sweet Potato-Red. Dengan Puree Buah... Apple Red Delicious and Pear Forella. Aku steam semua sayur and buah-buah nih. Kalau rebus takut khasiat nya dah kurang. Jadi... Kita steam saja.
Dah lembut semua buah dengan sayur nih, kita blend lah dan letak terus dalam bekas baby food freezer cubes ni. Nak tau tak, buah Pear Forella ni tersangat lah sedap. Manis sangat. Pear kan ada banyak jenis. Tapi kalau korang nak buat puree pear, better beli yang jenama forella nih. Aku selalu beli pear yang biasa tu jer. 1st time beli pear forella nih. Memang sesuai sangat untuk buat puree sebab rasanya yang manis.
Nanti nak try bagi Avocado plak. Harga Avocado pon boleh tahan jugak kan. Pisang pon tak try bagi lagi nih. Asal beli pisang jer Abang-abang dengan kakak yang habiskan. Tak sempat nak bagi Harraz makan. Untuk bubur nasi memang aku masak fresh. 15 minit jer pakai Noxxa pressure cooker. Nanti campur jer dengan puree ni. Next project nak buat serbuk bilis dan bone broth. Harap-harap kerajinan ibu kau ni berterusan lah yer nakkk 😎😎
Note: Kena cari resipi untuk makanan baby plak nih.