Lebih 200 Jenis Hidangan Menanti Tetamu Di Iftar Sesama @ Bangi Golf Resort Restaurant
Food Review Tuesday, April 23, 2019
Pejam celik pejam celik, tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma. Bila tiba bulan Ramadhan ni, antara yang menjadi perhatian selain daripada baju raya, kuih raya, solat tarawih dan juga bazar Ramadhan adalah Buffet Ramadhan. Tengah survey Buffet Ramadhan ke tu? Maklum lah… Banyak pilihan buffet kan. Dari Yang mahal sampai lah yang murah. Kena lah survey ikut budget kan. Tapi tak apa. Ni saya nak share antara tempat yang wajib korang terjah untuk Buffet Ramadhan yang akan datang nanti dan keistimewaannya.
Sajian enak yang disediakan oleh chef berpengalaman. Lebih 200 jenis hidangan yang terdiri daripada hidangan Tradisional Melayu yang mengingatkann kita pada masakan ibu dan juga Hidangan Barat untuk cita rasa yang lebih moden. Yang bestnya, ianya mengetengahkan konsep ‘Kebun Dalam Bandar’ dengan bahan mentah yang di tanam sendiri khusus bagi masakan Melayu dan Tradisional serta menjadi kebanggaan Restauran ini. Kalau korang nak merasa semua ini, boleh lah ke Iftar Sesama di Bangi Golf Resort Restaurant.
Baru-baru ini saya dan keluarga di jemput untuk memeriahkan preview Buffet Ramadhan Iftar Sesama di Bangi Golf Resort Restaurant. Memang sangat lah teruja bila tengok sajian makanan yang di sediakan. Ada bermacam-macam jenis sampai tak tahu nak mula yang mana dulu. Tapi bagi penggemar dessert macam saya ni, tempat itu lah yang di tuju dulu… Hehehe… Apa yang menarik pasa bahagian pencuci mulut ni? Yang pasti… pencuci mulut dan manisan ini semuanya enak-enak belaka.
Pelbagai Pilihan Pencuci Mulut Dan Manisan
Yang mana satu nak makan dulu ni ☺
Antara nya… Churros Sepanyol dengan Sos Chocolate Pekat, Tiramisu Itali, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet Bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake Bersama Choco Cream, Chocolate Cake Bersama Peanut Cream, Sweet Potato Bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake. Sila lah bayangkan yer.. Haha..
Buah-buahan
Sedap
Bersambung lagi untuk pemanis dan pencuci mulut versi Tradisional pula. Pelbagai seleksi kuih muih seperti Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu, Lopez Pulut, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse dan Ong Lai Mousse. Banyak juga kuih muih dan kek yang tak sempat nak makan. Tapi Pulut Kunig Rendang Daging tu memang tersangat sedap. Senang cakap… Semua pencuci mulut dan pemanis dekat Bangi Golf Resort Restaurant ni semua sedap lah sebab Harraz makan pon tak nak kongsi dengan Ibu dia ni.. Ppffttt…
Pelbagai pilihan Kuih Tradisional
Pulut Kuning dan Rendang ni tersangat sedap. My favorite kuih Lopez
Keenakan Kambing Dan Seleksi Mee
Ok… Dah selesai bahagian pencuci mulut dan pemanis, kita beralih arah pula kepada makanan. Antara menu yang menambat selesa sudah semestinya Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api. Sanggup beratur panjang demi mu kambing bakar. Rasanya memang sedap sangat. Daging lembut dan sos nya pon sedap. Laku keras lah. Ada Sup Kambing Mamak, Satay Ayam dan Daging… Perghhh… Bahan perapan satay ni memang terasa sangat di tambah dengan kuah kacang yang terbaik. Bertambah-tambah dibuatnya. Kuey Teow Goreng serta Mee Goreng Mamak yang di masak on the spot. Memang sedap bila makan dengan cilik jeruk. Tak lupa juga Ipoh Hor Fun dan Laksa Singapura yang sangat sedap.
Sup Kambing.. Makan panak-panas, memang nikmat
Terbayang kesedapan Kambing Bakar ni
Satay... Sedap sangat. Cukup rempahnya
Seleksi Nasi Dan Lauk Pauk Yang Memikat Selera
Untuk nasi, ada disediakan Nasi Ayam dengan ayam yang dipanggang secukupnya dengan sos BBQ ala Oriental. Manakala Nasi nya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk di nikmati Bersama Sos Kicap Soya yang pekat serta Sos Cili buatan sendiri. Pada bahagain masakan India pula, ada disedikan Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak digandingkan Bersama Nasi Kukus. Tidak dilupa.. Nasi Kerabu Bersama Ulam-Ulam Organik (Bunga Kantan, Kubis Bulat, Ulam Raja, Daun Selom, Kacang Panjang) dari ‘Kebun Dalam Bandar’ dimakan Bersama Serunding Kelapa Ikan, Kuah Sambal Tumis, Keropok Ikan, Ayam Goreng Berempah dan Budu sebagai penyedap rasa.
Antara Sajian Barat Dan Pelbagai Jenis Air
Untuk sajian Barat pula, sudah semestinya ada Spaghetti dan Penne dengan Sos Belognese atau Sos Carbonara. Dan paling menarik, keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang di masak segar. Ramai yang review kata kalau pergi Bagi Golf Resort mesti cuba Sous Vide Eggs ni. Tapi malangnya, saya tak sempat rasa pon. Itu lah padahnya kalau bertangguh kan. Sekali habis. Untuk penghilang dahaga pula, banyak juga pilihan. Antaranya Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, The Bunga, The Tarik, Kopi dan Teh. Buah-buahan pon ada.
Katanya signature dish
Kesedapan Durian Yang Tiada Tandingan Dan Persembahan Artis
Acara kemuncak pada malam Pra Tonton Menu Ramadhan BGR untuk wakil media dan penulis blog adalah apabila kami disajikan dengan Durian dari Durian Hill @durianhill_official. Memang KENDURIAN betul kami malam tu. Durian nya memang sedap. Anak beranak memang suka durian, apa lagi… 2 round kami melantak Durian. Puas hati sebab dapat makan durian sepuas nya. Sambil makan durian, sambil menikmati persembahan artis yang terdiri daripada Dayangku Intan, Aman Syah dan Lan Solo. Memang terbaik lah suara masing-masing.
Tersangat sedap durian ni. Puas dapat makan ☺
Review #makanakempat
Overall... Memang terbaik semua hidangan di Bangi Golf Resort Restaurant ni. Apa yang sempat saya makan memang semuanya sedap-sedap. Yang bestnya... Makan tak terganggu bila pihak BGR ada meyediakan Inflatable di bahagian luar dewan untuk anak-anak bermain. Memang itu tempat yang di tuju dulu. Boleh lah makan dengan aman. Puas hati sangat-sangat. Rasa tak sabar nak repeat makan-makan dekat Bangi Golf Resort Restaurant ni. Nak Iftar Sesama ☺
Antara juada yang sempat di makan
Pasta... Favorite Qahirah ☺
Sempena Ramadhan yang bakal tiba ini juga, Bangi Golf Resort Restaurant mengambil inisiatif untuk berkongsi pahala dengan mereka yang akan berbuka puasa di BGR dengan menyumbangkan 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan Al Mubarak kenada Islamic Relief Malaysia (IRM). Untuk mengelak kan pembaziran Restaurant BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation dengan menyumbangkan dan menyelamatkan lebihan makanan daripada Buffet Ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Selain daripada itu, sepanjang Ramadan ini Restaurant BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com akan mewujudkan Kotak Sembangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang kurang bernasib baik. Yang pasti, Iftar Sesama di BGR menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Untuk tempahan, boleh lawati https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan dengan harga bermula dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak. Jom tempah sekarang!!!
Lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung untuk mengelakkan kesesakan. Surau yang luas bagi menampung lebih ramai Jemaah dan lebih selesa. Tandas dari 5 kubikel juga sudah di tambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Wowww!!.. Apa tunggu lagi? Jom booking untuk Iftar Sesama di Bangi Golf Resort Restaurant. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari info di bawah: