Nak citer pasal breastfeeding. Masih ada lagi ker yang belum tau apa maksud 'Exclusive Breastfeeding'? Mungkin ada lagi yang masih salah faham apa maksud Exclusive Breastfeeding ni kan. Dan aku salah sorang daripadanya. Pada tafsiran dan pemahaman aku, Exclusive Breastfeeding ni bila baby yang di beri minum Susu Ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan dan minuman lain. Tafsiran ini adalah salah. Aku yang dapat ajaran sesat ker atau aku yang salah faham...ahaksss...Tapi ni dulu lah. Skang dah faham. Itu pon lepas jumpa info dari blog UmmuSaif.com
Bayangkan lah selama ni aku ingatkan Exclusive Breastfeeding ni hanya susu ibu semata² selama 2 tahun. Kagum betul aku bila ibu² menyusu di luar sana dapat exclusive breastfeed sampai 2 tahun tanpa makanan lain...haishhhh...Naik jeles tau. Meh baca apa maksud sebenarnya:
Istilah “Exclusive Breastfeeding” ini telah diperkenalkan oleh WHO. “Exclusive” bermaksud seratus peratus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air kosong. Dan ia hanyalah terhad kepada tempoh enam bulan pertama usia bayi. Selepas umur enam bulan, makanan seperti bubur boleh diperkenalkan secara perlahan-perlahan kepada bayi. Pada masa yang sama, pemberian susu ibu boleh diteruskan sehingga umur yang disarankan oleh Islam iaitu dua tahun.
Dah faham? Bagus. Maksudnya 'Exclusive Breastfeeding' ni bayi yang menyusu ibu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa air kosong dan minuman yang lain.
Hasil pumping petang semalam. Alhamdulillah...Hasil tenusu ibu untuk budak 1 tahun 8 bulan 5 hari masih meriah lagi. Rahsianya? SHAKLEE dan Air masak 3 liter sehari itu harus yer. Hasil pon ikut mood juga. Kekadang banyak kekadang sikit. Tapi tetap bersyukur. Supplement tu hanya tambahan untuk menambah kesihatan diri. Kalau makan supplement, tapi minum air tak cukup, think negative, malas pump...maka jangan haraplah nak dapat hasil susu yang meriah yer. Ingat tu. Peringatan buat diri sendiri juga nih.
Buat ibu² yang berhasrat nak fully breastfeed anak², di nasihatkan menimba ilmu, banyakkan membaca dan jangan malu bertanya pada orang yang berpengalaman pasal breastfeeding ni. Malu bertanya sesat jalan. Bukan senang nak fully breastfeed ni tau. Semangat yang kental dan tinggi perlu ada.
Note: Haku klo bab² BF ni memang hover.