Sedar tak sedar, dah hampir 7 tahun aku memandu. Teringat masa mula-mula memandu, confident level masih tersangat rendah. Gelabah jangan cakaplah. Drive pon dekat lane 1 jer. Kereta pulak manual. Penuh sopan santun kau memandu. Mana tak nya, hampir 6 tahun gantung lesen. Kerja kau hanya renew lesen memandu. Nak memandu memang tak lah time tu kan.
Nak dijadikan cerita, aku kena transfer kerja bahagian project. Project pulak kat Cyberjaya. Jadinya... laluan kerja aku dengan husband dah berubah. Kalau dulu bukan main sedap bila pergi kerja berhantar. Balik kerja ada orang ambil. Tak kan nak suruh husband hantar sampai Cyberjaya sedangkan dia kerja dekat PJ. Nak tak nak aku kena gagahkan diri memandu balik. Habis pantang anak kedua, maka bermulalah episod aku memandu kereta ke tempat kerja.
Dalam tempoh 7 tahun ni, kira dah expert sikitlah. Dah tak bawak dekat lane 1. Skang main lane 2 jer. Lane 3 sekali sekala sebab tahap kelajuan aku memandu tak melebihi 100km/h. Aku tak berani nak bawak kereta laju-laju. Dalam tempoh 7 tahun jugaklah aku perhati ada macam-macam jenis ragam pemandu. Antaranya:
Jenis Tak Reti Nak Bagi Signal
Sumber [SINI]
Aku harap korang tak tergolong dalam jenis yang macam ni. Apa susah sangat nak bagi signal? Kena bayar ker kalau bagi signal? Mahal ker lampu signal kereta kau tu? Menyampah betul dengan orang macam ni. Dah lah tak reti nak beratur. Lepas tu main pancung kereta depan dengan tak bagi signal. Memang kurang adab orang macam nih. Kau masuk rumah orang bagi salam kan? Ibarat kau bagi signal macam kau bagi salam jugak lah. Beradab sikit. Ker kau jenis masuk rumah orang tak bagi salam?
Jenis Kedekut Nak bagi Jalan
Kau ingat jalan tu kau yang punya? Bukan tak bagi signal. Signal dah lama menyala minta diberi laluan. Lagi kau nak masuk, lagi laju dia memecut menandakan dia tak bagi kau cantas depan dia. Benda ni aku selalu hadap dekat laluan kontra dari sungai ramal nak ke putrajaya. Tak apa lah... Kau mengalah jer lah kan/ Dah orang tak nak bagi jalan. Sebab aku pernah nampak depan mata. Masing-masing tak nak mengalah. Kereta ni nak masuk, kereta tu tak bagi. Masing-masing mencucuk. Last-last bergesel kereta. Hambek kau. Dengan orang macam ni kita give and take jer lah.
Jenis Suka Follow Kereta Rapat-Rapat
Sumber [SINI]
Ini aku paling menyampah sangat. Kau dah kenapa suka follow rapat-rapat? Dah macam nak cium bontot kereta depan. Kalau dah kereta depan aku slow nak buat macam mana even lane kanan. Kau nak aku cucuk kereta depan rapat-rapat macam kau cucuk kereta aku rapat-rapat ker? Apa susahnya, kau tukar lah lane sebelah. Bukannya highway pon. Tak payah lah nak follow rapat-rapat.
Kejadian bulan puasa haritu yang buat darah aku berderau. Aku dah perasan kereta Myvi ni memang follow rapat giler dengan kereta aku. Lady driver berkaca mata. Dah kereta depan aku slow, aku bawak lah slow. Tapi dalam jarak yang selamat. Nak dijadikan cerita, tetiba kat selekoh kereta depan aku ni break tiba-tiba. Dan aku pon break. Dari cermin pandang belakang aku dah nampak kereta MyVi terlalu rapat. Aku rasa kalau dia tak sempat break memang dah hentam bontot kereta aku sebab memang rapat sangat.
Aku dah gelabah. Berderau jangan cakap lah. Konghajar punya Myvi. Boleh pulak dia high beam kat aku. Kau dah kenapa? Salah aku ker? Siapa suruh kau follow rapat-rapat? Kau dah nak tercirit ker sampai bawak kereta macam pelesit. Buat MyVi purple nombor plat MC* 4929... Aku doakan kau tak sondol kereta orang sebab cara pemanduan kau yang macam tu boleh mengundang kecelakaan.
Jenis Suka Berahsia
Iyer... Ada jer spesis macam ni especially nak masuk simpang. Nak masuk simpang kiri atau nak masuk simpang kanan pon kau tak tahu sebab rahsia. Aku ni punyalah tunggu sebab signal tak bagi... "kereta ni nak masuk simpang ke nak terus?? Jalan dah clear kalau nak kluar simpang ni" Sekali boleh pulak dia belok kiri. Dari jalan clear kau nak kluar simpang dah banyak kereta balik... ppffttt... Sakit hati kau hokay. Jangan nak berahsia sangat yerp kalau nak keluar simpang atau nak masuk simpang.
Jenis Tak reti Guna Lane
Ni pon satu hal jugak ni. Kalau dekat highway kan ada 3 lane atau 2 lane. Kita pon dah sedia maklum yang lane 1 untuk kenderaan berat dan jugak kenderaan yang bawak slow @ sopan santun. Lane 2 untuk kenderaan yang berkelajuan sederhana dan lane 3 untuk kenderaan yang macam formula one. Yang aku geram, kau bawak kereta tahap kura-kura, tapi kau masuk lane 2. Ada jugak yang masuk lane 3... ppffttt...
Yang lagi tak tahan, kenderaan berat macam lori dengan trailer pon bawak lane 2 dan 3. Bukan main laju pulak tu. Tapi aku selalu bawak lane 2 jer. Lane 3 jarang-jarang kecuali ketika memotong kereta depan yang slow dekat lane 3 atau kalau line clear dekat lane 3 tu. Tapi kalau dari jauh ada kereta laju, aku cepat-cepat tukar lane 2. So... Pilihlan lane yang betul mengikut kelajuan korang memandu yerp.
Jenis Cepat Sentap
Ada jer orang macam ni. Sentap tak kena tempat. Sentap bila kau berjaya potong kereta dia. Potong cara terhormat ok sebab bagi signal. Faham-fahamlah laluan kontra #takhabishabisdenganlaluankontra. Berebut-rebut orang nak masuk. Masing-masing pulak selfish tak nak bagi jalan. Tak boleh terima kenyataan bila lady driver yang memotong, dia follow kereta kau rapat-rapat.
Aku pon panas hati. Kau follow rapat-rapat dah kenapa, aku pon bawak slow-slow... hahahaha... Padan muka kau. Keluar jer simpang kontra, terus angkat jari tengah kat aku. Bengang lettew kan. Baru bawak kereta wish dah berlagak. Aku mengaku yang aku pon ada masa sentap jugak. Tapi sentap bertempat. Dah lah tak bagi signal, ada pulak tu time tu nak masuk time tu nak bagi signal. Tak ker terkejut kau dibuatnya. Sentap lah. Mula lah nak membebel dalam kereta kan.. muahahaha...
Atau dalam erti kata lain... Ikut ISA @ Ikut Suka Aku nak bawak kereta macam mana. Korang perasan tak kotak kuning. Kotak kuning ni selalu ada kat traffic light atau kat simpang-simpang yang busy. Fungsi kotak kuning ni kan melarang pemandu dari berhenti kat dalam tu. Sebab apa? Sebab cubaan meloloskan kereta dekat kotak kuning di kawasan lampu isyarat menyebabkan kenderaan dari arah lain yang sepatutnya bergerak tersekat dan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di ditu.
Tapi ada yang masih tak faham lagi fungsi kotak kuning tu. Kau dah nampak depan kau kereta berderet. Lagi kau duduk kat dalam kotak tu dah kenapa. Dah kereta lain tak boleh nak masuk simpang sebab kau dah block jalan. Kau lagi menambah kesesakan dan kesakitan hati orang yang menghadapinya. Memang selfish sangat. Kenderaan Berhenti Atas Petak Kuning Kurang Sivik! bak kata Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Bila cakap pasal simpang ni aku agak sedikit [FOBIA] dengan simpang sebab dah banyak kali kena. Asal lalu simpang aku memang slow kan kereta sebab orang yang nak masuk simpang suka membabi khinzir kluar simpang tanpa tengok kiri dan kanan. Gambaran dia kau tengok lah dalam gambar tu sebab aku dah banyak kali kena setiap kali nak hantar anak pergi nursery. Spesis bawak kereta macam pelesit memang tak reti bahasa. Baik driver lelaki atau pon perempuan.
Panjang pulak bebelan aku. Bukan apa. Sakit hati dibuatnya dengan jenis-jenis pemandu yang macam ni. Kesabaran kau bukan setakat hadap kerenah anak-anak. Hadap kerenah pemandu-pemandu pon perlukan kesabaran yang tinggi tau. Sekian luahan dan perkongsian dari #makanakempat ☺
Jenis Tak Faham Bahasa

Note: Kan best kalau ada public transport area rumah nak ke Cyberjaya nih. Letih lah drive hari-hari. Dengan traffic jammed lagi... huhuhu...