Memang annoying sangat. Masa nak pinjam, bukan main lagi
pujuk rayu. Terdesak sangat nak pakai duit. Si pemurah hati ni pon bagilah
pinjam. Orang hati tisu memang macam ni. Tak boleh tengok orang yang dalam
kesusahan. Bagi lah pinjam. Bila si peminjam ni dah ada duit lebih, boleh pulak
lupa dengan hutang dia. Sengaja buat-buat lupa? Memang lupa ingatan yang dia
pernah berhutang? Atau memang jenis dah berhutang tak reti nak bayar balik.
Yang aku hairan, berjalan sana sini ada duit. Makan
best-best ada duit. Beli itu ini, ada jer duitnya. Tapi kenapa hutang orang kau
tak reti nak bayar? Alahhhh… Si pemberi hutang tak minta hutang dia. Relax lah.
Hello!!!! Kau tahu tak yang si pemberi hutang ni rasa malu nak minta hutang dia
di bayar. Kau sebagai penghutang faham-faham sendiri lah nak bayar. Tak kan nak
tunggu orang mintak baru nak bayar. Selagi tak mintak selagi tu lah kau tak
bayar yerp.
Baca... fahamkan dan mohon terasa pada yang berkenaan (Sumber: SINI)
Ada yang lagi best. Dapat duit berpuluh ribu. Tapi hutang
orang yang dah lama tu tak reti nak bayar. Orang yang bagi duit ni sangat lah
bagus nak menolong kau. Dapatkan balik barang kau sebab kesian tak ada transport
nanti. Dulu kata nak ganti. Sebelum dapat duit, siap minta nombor account. Bila
dah dapat duit, terus kelabu mata. Hutang orang yang kau janji nak bayar… janji
tinggal janji. Boleh pulak kata duit dah simpan masuk TH. Tak boleh ker
asingkan duit hutang kau dulu?
Kisah diatas berdasarkan kisah orang disekeliling aku. Entahlah…
Bila cakap pasal HUTANG ni aku jadi sakit hati. Tak takut dosa ker? Tahu kan
dosa berhutang ni. Even kau mati syahid, tapi kalau ada hutang yang kau tak
langsaikan, roh kau akan tergantung. Nak halalkan? Bukan sikit… Makan ribu. Si
pemberi hutang pon bukan orang senang. Gaji cukup-cukup makan. Kadang-kadang
tak kluar makan sebab nak jimat duit.
Kalau kau mampu halalkan semua hutang orang pada kau, kau
memang hebat. Aku tak sehebat itu nak halalkan semua. Duit gaji bulan² banyak
tolak sebab bayar hutang kereta dia yang dibeli atas nama aku. 10 tahun aku
terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00. Satu jumpah
yang besar untuk orang bergaji kecik macam aku ditambah dengan kos sara hidup
yang tinggi.
Untuk yang berhutang tapi tak reti nak bayar balik. Bak kata [Dr Zulkifli Mohamed Sharif]… Si pemberi hutang minta hutang di bayar bukan
kerana pentingnya hutang itu. Tetapi adalah usaha kita untuk menyelamatkan si
penghutang dari menerima pembalasan tidak membayar hutang di akhirat kelak. Tak
bagi… kesian. Dah bagi… Senyap seribu Bahasa.
Note: Masih menunggu hutang aku dibayar.