Siapa yang tak kenal dengan Didi & Friends kan. Memang karakter popular dikalangan kanak-kanak dengan lagu-lagu yang tersangat menarik. Jangan kata kanak-kanak, mak pak pon minat dengan Didi & Friends jugak kan. Sampai kan ibu-ibu dan bapa-bapa pon dah naik hafal lah dengan lagiu-lagu Didi & Friends ni. Kalau dah bukak rancangan Didi & Friends, janganlah kau tukar chanel. Boleh nangis anak dibuatnya. Nak tak nak memang kena layan jugak.
Ok… Tak nak bebel panjang. Ni nak sharing dengan korang semua yang anaknya peminat tegar rancangan Didi & Friends. Kalau nak tahu, kedai konsep pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan akticiti-aktiviti kraf bertemakan Didi & Friends telah dibuka di pusat membeli belah The Mines. Dan kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmiannya baru-baru ini.
Kalau korang nak tahu, kedai konsep Playtime With Didi & Friends ni adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOV (Malaysia) Sdn Bhd dengan pemilik Didi & Friends IP – DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro). Ada tiga perkara utama yang ingin dicapai untuk kedai konsep Playtime With Didi & Friends. Iaitu untuk mengembirakan kanak-kanak, untuk memberikan pengalaman Didi & Friends di luar kaca TV dan untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa.
Aktiviti kraf
Anak bujang ni buat separuh jalan. Selebihnya ibu yang buat... pffttt...
Masing-masing dengan tunggangan elektronik ☺
Turut sama dimajlis pelancaran pada hari tu ialah 30 kanak-kanak dari dua rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih. Mereka diraikan dengan penuh meriah serta dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo. Bergambar Bersama mascot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti krat. Terpancar kegembiraan diwajah mereka
Selesai acara tersebut, kami dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih di restoran Timur Tengah di The Mines iaitu Almendi’s. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Iman Muda Nazrul muncul untuk memberi tazkirah mengenai ganjaran di bulan Ramadan. Menarik sangat bila mendengar tazkirah dari Iman Muda Nazrul tu. Terisi masa dengan ilmu sebelum nak berbuka puasa.
Memang terpancar kegembiraan di wajah anak-anak bila dapat jumpa Didi & Friends. Selalu tengok dalam TV jer kan. Terima kasih juga pada PR yang sudi jemput kami sekeluarga di majlis pelancaran Playtime With Didi & Friends dan majlis berbuka puasa sekali bersama anak-anak yatim. Sedap sangat Nasi Arab dekat restoran Almendi’s tu tau.
Kalau korang taka da aktiviti nak buat on weekend, boleh bawak anak-anak dekat Playtime With Didi & Friends ni. Ada aktiviti lain selain dari tunggangan elektronik. Untuk maklumat lanjut tentang Playtime With Didi & Friends, boleh layari:
Facebook: www.facebook.com/playtimewithdidi
Instagram: @playtimewithdidi