Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!! | Alaaaaa... Cekodok pisang jer kot. Tak kan tak tahu buat. Itu pon nak kena bagi resepi ker. Haaaa.. Jangan tak tahu. Ada orang yang masih tak tahu macam mana nak goreng cekodok pisang dengan betul dan macam mana nak jadikan cekodok pisang tu gebu, lembut dan sedap. Paling best, cekodok pisang yang kau goreng tu tak lembik dan melekat dalam kuali. Aku lah salah seorang yang gagal buat cekodok pisang... muahahaha... Konon pandai sangat buat. Tak payah lah nak google resepi kan.
Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!!
Iyer... Pengakuan jujur ni, Dah pernah beberapa kali buat cekodok pisang. Tapi kejadiannya sangat lah menyedihkan. Cekodok kau jadi lembik. Bila goreng dia jadi melekat dekat kuali. Lepas tu bukan main banyak lah cekodok kau tu menyerap minyak. Aku ingatkan senang jer buat cekodok pisang ni. Alaaaa... Setakat buah pisang lepas tu lenyek-lenyek bagi hancur dan tambah gula sikit. Dah siap. Tapi kan... Sebenarnya ada lagi bahan-bahan lain yang kau kena tambah untuk jadikan cekodok pisang kau tu gebu, lembut dan sedap.
Kebetulan dekat rumah ada pisang masak ranum. Nak buat goreng pisang, macam tak sesuai. Jadinya... Kita buat lah cekodok pisang. KAli ni tak nak gagal lagi. Moh lah kita google resepi cekodok pisang yang sedap. Makan terjumpa lah resepi ni. Tapi aku lupa lah dari siapa sebab bila dah jumpa terus screen capture resepi. Mohon halal lah yer tuan/puan punya resepi. Ini resepinya:
Bahan-Bahan
- 8 biji pisang emas
dibawa belayaratau apa jenis pisang yang seduai untuk dibuat cekodok - 3/4 camca teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 camca besar gula perang
- 1/3 camca besar gula halus
- 1 cawan tepung gandum (Ikut adunan banyak mana. Kalau lembik just tambah tepung)
- 1/4 camca teh garam halus
Cara-Cara
- Lenyek pisang sampai hancur dan campurkan semua bahan-bahan diatas
- Biarkan sekejap bagi adunan sebati dan kembang
- Panaskan minyak
- Dah betul-betul panas, masukkan adunan tadi (suka hati nak pakai tangan atau sudu)
Untuk bahan-bahan tu kan, aku agak-agak jer banyak mana. Tak ikut exactly pon. Pandai-pandai kau lah. Kalau pisang kau banyak, tambah lah bahannya. Kalau sikit, kau kurangkan saja bahannya. Gula halus tu aku tak letak pon. Cuma letak gula perang jer. Pisang tu dah manis. Tambah gula perang pon dah bertambah manis. Kalau tambah lagi gula halus... Mau manis potong kaki. Kalau korang suka manis, dipersila kan. Kalau tak nak manis, gula perang saja dah memadai.
Berdebar-debar woihhh masa goreng cekodok pisang nih. Takut tak jadi lagi. Tapi lepas dah cuba resepi ni. Wahhhhh... Teruja jadinya bila cekodok pisang kau menjadi. Cantik betul kejadiannya. Bulat, gebu, lembut dan sedap sangat. Rasa ketagih nak buat cekodok pisang lagi bila kau dah dapat rentak nya... hehehe...
Note: Balik ni nak cari pisang. nak buat cekodok ☺☺