Breath-Holding Spells | Parents...Sila Ambil Tahu!!!
Breath-Holding Spells Wednesday, August 05, 2015
Kita lupakan kisah raya yang masih belum dikongsi dulu. Raya kan sebulan. Meh nak share pasal keibubapaan nih. Anak² uolls ada yang kalau nangis jenis nangis yang bersungguh²? Nangis macam sakit sangat pada hal tak der apa pon. Haaaa...kena berhati² tu. Takut jadi Breath-Holding Spells.
Apa Breath-Holding Spells ni? Tak pernah dengar pon. Iyer...sebab kita tak pernah mengalami benda ni. Sebab tu tak tau. Aku pon baru tahu pasal ni lepas my colleague berkongsi cerita pasal anak dia yang kena Breath-Holding Spells ni. Meh kita belajar ilmu baru.
Tak faham? Nanti aku translate dalam bahasa melayu yang lebih jelas penerangannya. Meh nak share kisah kawan aku ni dulu. Katanya dia hampir kehilangan anak ketiga dia bila anak dia tiba² kaku, badan dah biru dan kejang, mata dah ke atas. Aku yang dengar pon rasa berdebar² dan scary. Anak dia kalau nangis memang jenis yang nangis bersungguh². Tak sangka plak boleh jadi sampai macam tu sekali. Ni 1st time dia hadapi situasi macam nih.
Memang dah nangis husband and wife. Buat CPR. Panggil²/goyang² si anak. Terus bawak gi klinik. Masa kat parking keta anak dia macam baru tersedar. Tapi masih lemah. Doc check suma katanya tak der apa². Iyerlah..,.sebab dah benti bernafas kan. Oksigen tak sampai kat otak. Takut gak jadi apa².
Rupanya bila di search, benda ni dipanggil Breath-Holding Spells. Keadaan di mana bila si anak menangis dalam keadaan yang beriya²/bersungguh² sampai terlupa untuk bernafas sendiri. Nangis² sampai tak kluar suara. Bukan jer menangis, dalam keadaan ketakutan, kesakitan, kemarahan/tantrum pon boleh terjadi Breath-Holding Spells nih.
Tanda² Breath-Holding Spells
Breath-holding spell tidak berbahaya dan bukan merupakan penyakit epilepsi. Serangan ini biasanya terjadi pada anak berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan menyerang ketika anak baru terbangun dari tidur. Biasanya dalam sehari akan terjadi 1-2 kali. Namun setelah si kecil berusia 4 tahun, ianya akan hilang dengan sendirinya. Breath-holding spell boleh di kenal pasti dengan tanda² seperti berikut:
- Anak anda menangis bersungguh²/keras dan menahan nafasnya.
- Di sekitar mulutnya akan kelihatan warna biru dan mula tidak sadarkan diri.
- Tubuhnya menjadi kaku dan beberapa kali terlihat bergerak seperti kejang.
- Keadaan anak akan kembali normal dalam waktu kurang dari 1 minit
Keadaan ini disebabkan suatu refleks yang abnormal menyebabkan 5% anak menahan nafas cukup lama sampai ia menjadi tidak sedar.
Apa yang perlu dilakukan?
- Ketika serangan. Anda tidak perlu panik karana serangan ini tidak berbahaya dan akan berhenti dengan sendirinya. Baringkan anak anda di atas tempat tidur. Dalam posisi terlentang rata, aliran darah ke otak akan membaik dan mungkin dapat mencegah berlakunya kejang. Letakkan benda sejuk di dahinya hingga ia sedar kembali. Catat berapa lama berlakunya serangan dan jangan memasukan sesuatu ke dalam mulutnya.
- Setelah serangan. Tenangkan dirinya sambil Anda memeluknya. Jangan menampakkan wajah panik dan ketakutan Anda pada anak.
- Pencegahan trauma. Keadaan yang paling berbahaya adalah trauma pada bagian kepala. Bila saat serangan terjadi anak anda sedang berada dekat dengan benda² keras, segera baringkan dia jauh dari benda tersebut.
Adakah boleh dicegah?
Kerana sampai saat ini belum diketahui sebabnya serangan ini tdak dapat dicegah bila disebabkan si anak terjatuh atau dalam keadaan marah dan ketakutan. Namun Anda boleh mengelakkan anak anda agar tidak menjadi biru dengan mengalihkan perhatiannya. Peluklah anak anda dan perhatikan sesuatu yang menarik padanya. Anak yang mengalami anemia lebih mudah mengalami serangan ini.
Meskipun tidak berbahaya, namun sebaiknya keadaan ini harus diberitahu kepada doctor. Segera bawa anak anda berjumpa doctor bila serangan terjadi lebih dari satu kali dalam seminggu dan berlaku serangan lebih dari satu minit. Pola serangan yang berubah juga perlu Anda perhatikan.
Ilmu baru untuk aku. Pernah dengar tak? Orang kata, elok anak menangis ni. Baik untuk paru². Tapi ada jugak orang² tua kata tak elok biarkan anak menangis lama². Mungkin salah satunya sebab ni kot.
Note: Bila dah tau info ni, rasa takut nak biar anak nangis lama². Nasib dah lepas fasa umur yang disebut tu.