Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??
Breastfeeding Monday, August 06, 2018
Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??. Rasanya macam dah lama tak berkongsi info berkenaan dengan Breastfeeding kan. Memandangkan bulan August adalah Breastfeeding Weeks, jadi hari ni saya nak share info berkenaan dengan Breastfeeding untuk ibu-ibu menyusu di luar sana. Especially untuk ibu-ibu baru yang baru dapat baby dan juga ibu-ibu baru yang bakal menimang cahayamata yang nak menyusukan anak secara ekslusif sehingga 2 tahun. Ilmu Breastfeeding ni kena gali tau sebab mukan mudah nak menyusukan anak.
Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??
Banyak info yang kita kena cari. Especially teknik penyusuan yang betul, cara penyimpanan susu ibu, cara nak handle bengkak susu, cara pemilihan pam susu dan banyak lagi lah. Tapi hari ni saya nak share mengnai Feedback Inhibitor of Lactation atau dalam singkatan nya FIL. Bukan Father In Law yer... hehehe... Sebab ada yang salah faham dengan maksud FIL ni. Apa itu FIL? Bagaimana FIL terjadi? Mari kita kupas isu ini.
Apa Itu FIL?
Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil FIL bermaksud Feedback Inhibitor of Lactation atau dalam Bahasa melayu nya bermaksud Perencat Maklum Balas Laktasi dimana ianya memberi isyarat kepada payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Kalau bayi kerap menyusu sehingga payudara kosong, maka tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendah akan meningkatkan penghasilan susu. Tetapi... haaaa... Ni yang kita tak nak. Kalau bayi menyusu dengan payudara yang tidak dikosongkan, maknanya kurang menyusu lah, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan mula berkurangan.
Bagaimana FIL Boleh Berlaku?
Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) ni berlaku bila kita tidak mengepam susu mengikut jadual yang betul. Dalam erti kata lain, bila breast dah bengkak baru lah nak bagi anak menyusu. Bila breast dah bengkak, baru lah terhegeh-hegeh nak pergi pam susu. Ini kesilapan yang sering dilakukan termasuklah saya. Sepatutnya kita tak boleh tunggu breast bengkak baru nak pam. Ibarat macam stopper. Bila tangki air dah penuh, kita letak stopper supaya air tak melimpah keluar. Macam tu jugak dengan susu ibu. Bila dah kerap bengkak, signal dah sampai ke otak untuk memberitahu yang supply tak diperlukan sebab breast tak dikosongkan. Itu yang terjadinya susu drop.
FIL Boleh Terjadi Kalau Kita Kerap Pam Susu Masa Dalam Pantang?
Actually saya ada terbaca satu komen. Katanya tak boleh kerap pam susu masa dalam pantang sebab nanti kena FIL. Untuk pencerahan, saya tanya sendiri dengan lactation counselor. Katanya tidak sama sekali. FIL tak terjadi kalau kita kerap pam susu masa dalam pantang. FIL terhasil bila kurang demand. Cuma masa dalam pantang kita digalakkan untuk kerap direct feeding supaya pengeluaran susu tu jadi lancar dan make sure breast kosong setiap kali penyusuan. Kalau boleh elakkan kerap mengepam.
Apa Akan Jadi Kalau Kerap Pam Susu Masa Dalam Pantang
Kalau kerap pam susu masa dalam pantang takut jadi overstimulation yang boleh menyebabkan over supply. Overstimulation pon tak bagus sebab ianya boleh buat salur darah pecah. Tu yang masa perah susu bercampur darah sebab kita dah overuse milk duct (saluran susu) juga. Seeloknya masa dalam pantang within 44 hari tu fokus untuk direct feesing sahaja. Tak perlu pam untuk buat stok. Selepas 44 hari tu baru start pam untuk buat stok bagi ibu yang bekerja.
Kenangan 2 tahun lepas. Stok susu masa dalam pantang
Tapi kalau breast kerap bengkak masa dalam pantang, boleh saja pam. Tapi tak perlu pam sampai breast kosong. Bila pam sampai breast kosong, penghasilan susu akan jadi lagi banyak. Konsep breastfeeding kan Demand vs Supply. Cukup lah pam supaya breast rasa selesa dan tak bengkak. Ingat... Jangan kerap mengepam masa dalam pantang tau.
Baby Kerap Tersedak Masa Menyusu?
Kadang-kadang ada ibu-ibu yang risau bila setiap kali menyusu anak kerap tersedak. Mungkin heavy flow atau susu keluar laju. Untuk elakkan baby tersedak masa menyusu, kena betulkan posisi. Jangan menyusukan baby dalam keadaan baring. kena tinggikan sikit kepala baby untuk kurangkan risiko tersedak masa manyusu.
Sebenarnya kan, saya pon baru tahu berkenaan dengan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) ni lepas bersalinkan anak yang ke empat dua tahun lepas. Tahu pon lepas join group WhatsApp pasal Breastfeeding... Huhuhu.. Rasa macam ceteknya ilmu masa tu. Dah anak ke empat baru tahu. Tapi alhamdulillah... Harraz still menyusu badan even nak masuk 2 tahun 6 bulan. Tak tahu macam mana nak wean off ni.
Note: Rindu pulak rasa nak mengepam susu ☺