Breastfeeding Journey | 18 Bulan Yang Mencabar | Assalamua'alaikum semua. Rindu plak dengan blog. Last update hari selasa last week. Perghhhh... Dah seminggu rupanya blog bersawang. Sorry semua. Dah lama tak blogwalking. Ada jer sebenarnya. Siapkan entry untuk client sebab dateline 30 August haritu. Memerah kepala otak memikirkan ayat. Kalau entry review, suka suki jer buat ayat. Ni dah bagi guideline semua. So... Kau kena buat sehabis baik.
Ok... Back to the title. Breastfeeding Journey | 18 Bulan Yang Mencabar. Alhamdulillah... 29 August 2017 haritu genap aku menyusukan anak soleh Iman Harraz selama 18 bulan. Kiranya aku dah dapat Diploma dalam Breastfeeding. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri aku sendiri sebab banyak dugaan yang aku tempuh dalam tempoh 18 bulan ni. Perjalanan dalam dunia penyusuaan bukan sesuatu yang mudah ok. Anda hanya nampak keindahannya saja tapi hakikat tak seperti yang di sangka.
Kerap Menyusu
Iyer... Kalau anak menangis kau hanya perlu selak baju dan sua sahaja. Hakikatnya... Kau tak cukup tidur bila setiap jam anak kau minta disusukan. Ini yang aku alami lately. Tak tahu apa masalah Harraz, malam-malam dia kuat mengempeng. Makin bertambah umur dia makin kerap dia menyusu. Memang tidur aku terganggu bila setiap jam dia bangun. Ada masa tak sampai sejam dah minta susu lagi.
Luka/Melecet
Saat yang paling mengerikan bagi ibu menyusu... Puting luka/melecet. Tak tau lah latching tak betul atau sebab harraz kerap sangat menyusu malam. Biasalah budak kalau dah tidur. Tetiba tergigit. Perghhhh... Sakit tak hingat woihh!!! Dah lah tengah luka. Lagi sadis bila dia main tarik jer. Double trouble kesakitan kau bila luka dah start menampakkan belahan garisan.
Tak bagi, bengkak. Nak pam pon sakit. Pilihan apa yang kau ada? Rasa nak nangis time susukan anak. Kejang-kejang kaki kau menahan kepedihan. Anak pulak kuat menyusu. Nampak anak nak susu aku rasa macam nampak baby shark dengan gigi taringnya. Alhamdulillah... luka tak lama. Aku sapu Avent Moisturising Nipple Cream.
Sakit Badan
Macam Harraz, kalau dia menyusu memang lama. Lebih dari 30 minit. Kalau malam lagi lah lama. Macam tak nak lepas dari mulut dibuatnya. Bila tarik, dia bangun. Asal aku terjaga, dia masih menyusu. Sejam lebih menyusu kot. Memang kepenatan dan sakit-sakit badan dibuatnya. Kejap-kejap tukar posisi.
Susu Drop
Tak tahu apa masalahnya, lately susu agak drop. Kalau dulu sekali pam boleh dapat 10 oz. Sekarang ni nak dapat banyak tu pon payah. Jadual pam pon lari. Ini antara punca susu drop. Waktu pam kena konsisten. Tak boleh tunggu breast bengkak baru nak pam sebab boleh terjadinay FEEDBACK INHIBITOR of LACTATION (FIL) dimana ianya bertindak sebagai isyarat untuk diberikan kepada otak supaya dikurangkan penghasilan susu memandangkan susu tidak dikeluarkan dalam tempoh lama dari kantung susu. Jadinya... digalakkan mengepam selang 3 jam. Aku kena up kan balik milk supply ni.
Ini antara masalah yang aku sedang alami. Ingatkan makin membesar makin kurang anak soleh Harraz ni menyusu. Tapi sebaliknya pulak. Makin galak, kerap dan lama dia menyusu. Sedap sangat susu ibu dia ni kot. Ada lagi tempoh 6 bulan untuk capai 2 tahun. Hope misi berjaya ☺
Note: Berat badan pon dah start naik nih. Stop breastfeed nanti mau naik mendadak nih.