Bakal Petani Berjaya?? | Iyer.. .Tak percaya? Tak lama lagi seorang Afizah bakal menjadi calon untuk petani berjaya. Contoh nya dah nampak tu. Bawang dah mula bercambah dengan jayanya. Bertani cara moden kaedahnya. Sebab tak perlu pakai tanah. Hanya sediakan sebuah bakul untuk meletak bawang sahaja dan letakkan bawang ke dalam bakul tersebut dan ppfftttt... Bawang pon mula bercambah seperti gambar dibawah ini... Kahkahkah... Memang Bakal Petani Berjaya 😄
Hebat betul petani versi moden ni. Biasalah kan. Macam aku ni kalau blender bawang memang tak blender semua sebab nak tinggal kan sikit kot nak buat cili kicap atau sambal. Biasa kalau masak sambal tumis kan kita letak sikit bawang potong. Sekali terlupa pasal bawang yang ditinggalkan. Tu yang bercambah dengan jayanya. Tu baru cerita pasal bawang, belum cerita pasal sayur mayur lagi. Bukan setakat bawang bercambah. Sayur mayur habis kering dan lembik kau kerjakan.
Masa beli bukan main lagi kan. Bila dah tengok resipi tu biasalah kan. Rasa macam nak buat jer. Contohnya berangan nak buat nasi lemak. Beli lah timun. Sekali lupa beli santan and daun pandan. Last-last postpone sampai ke sudah. Timun sampai lembik kau simpan. Tapi bayang nasi lemak sampai sekarang tak nampak. Lepas tu beli daun sup / daun kari. Masaknya macam nak makan besar. Beli kemain banyak konon nanti senang kalau buat masakan yang memerlukan daun sup / daun kari.
Sama jugak nasib macam timun. Habis kering dan layu ditasik madu kau buat daun-daun tu. Kalau husband dah start buat 5S kat feezer tu memang aku ada sedikit cuak jugak lah. Biar aku yang kemas dari husband yang kemas sebab dia akan jumpa macam-macam khazanah dalam tempat sayur tu. Timun lembik. Sayur layu. Daun kering. Bukan itu saja. Leftover food konon nak panaskan pon kau simpan. Dan kau pon faham-faham lah apa reaksi dia kan bila nampak semua benda-benda tu... ngeeee...
Maaflah suami. Dah pe'el isterimu memang macam ni. Suka membeli tapi masaknya entah bila. Cepat sangat terpengaruh dengan resipi baru. Tengok resipi tu, rasa nak buat. Terus screenshot simpan dalam HP. Jumpa lagi resipi kek simple dan senang, screenshot lagi. Selain handphone penuh dengan gambar anak-anak, Handphone juga penuh dengan resipi yerp. Bukan handphone aku jer, handphone korang pon sama kan.
Sumber: Google pic
Macam ni lah kadang-kadang wanita bekerjaya. Kadang terlupa satu perkara. Masa yang amat mencemburui kita. Siang bekerja dan malam uruskan rumahtangga. Macam kudrat kau ada nak buat masak semua benda. Weekend pon belum tentu masak beria sebab kerja rumah tak pernah habis. Bila dah penat, masak se simple jer lah. Apa yang terfikir nak masak dan bahan yang dah dibeli tu, simpan dulu. Masaknya belum tentu... Ngeeee... 😁
Note: Aku tak berseorangan dalam hal ni. Rasanya bukan aku sorang jer bakal petani. Ramai yang macam ni jugak kan ☺