Dah lama kena tag ngan kakak TIHARA kita nih. Mekasih lah kak sebab sudi tag adik aka kyang comel ni *bluekkk. Jadi memandangkan #makbanyakanak ni tetiba otak jadi freeze. Pada hal banyak jer kisah yang nak di ceritakan. Tak per lah. Kita defrost dulu otak kita and kita buat lah task ni dulu yerp.
Apa tasknya? Ni task nya yerp:
- Thanks the person who nominate you
- Provide a link to the person’s blog
- Write 7 facts about yourself
- Nominate 15 blogger to the Versatile Blogger Award
7 Fakta Pasal SAYA
Harus letak gambar #makbanyakanak yang sntiasa perasan comel nih...ahaksss...
1. Saya anak ke 7 dari 8 adik beradik. Menetap di Bangi. Hi! blogger² Bangi. Bekerja di Cyberjaya buat masa ni sampai projek siap. Pasti kita berpindah ke projek tapak projek lain plak yerp. Beginilah nasib pekerja yang selalu berpindah randah.
2. Seorang yang sangat POYO. Korang pon memang POYO jugak kan. POYO maksud aku bukan poyo yang membuatkan orang rasa annoying jer tengok, Jangan salah tafsiran. POYO bagi tafsiran aku adalah Proud Of Your Ownself = POYO. Itu maksudnya. Kita memang lah kena bangga dengan diri kita sendiri kan. Even dah meningkat usia senja, tapi muka masih nampak macam budak baru habis sekolah. Aku lah tu...kahkahkah...Muntah hijo lah korang.
3. Pemalu, pendiam dan penyegan. Tapi kalau dah kenal memang dah tak tau malu dan tak der segan² dah. Dari pendiam terus bertukar jadi tak reti dok diam mulut ko kan.
4. Suka nombor 7 sebab aku lahir 7 haribulan 7 *Sila mark dalam calender yerp..haha...Berat masa lahir 7 paun 7 aun. Anak nombor 7. Kebetulam minat ngan David Beckham yang pakai jersey no 7.
5. Tak suka lipat baju, gosok baju dan juga packing baju. Tapi benda tu jugak yang mesti buat. Tak boleh tak buat. Kalau packing baju lagi lah. Boleh termenung di buatnya...'Nak bawak baju apa?'..'Nak bawak berapa helai?'..'Baju jalan nak bawak ker?'...perghhhh...aku rasa macam nak hangkut jer almari tu. Pada hal balik umah mak/mertua jer pon...ppffttt...Pastu balik dari bercuti nak kena punggah balik baju² dalam bag tu.
6. Suka kucing dan suka tengok kucing. Tapi tak der lah sampai tahap nak membela. Takut tak terbela nanti. Suka tengok aksi² kucing dalam FB Dunia Kucing Group. Boleh tersengih² dan ketawa sorang² di buatnya.
7. Sejak ada blog ni, baru aku sedar yang aku ni ada bakat terpendam. Yakni bakat menulis. Rasa macam pandai jugak aku menulis erk. Ada jer idea nak menulis. Pandai menyusun dan membina ayat...hurmmmm...hehehe...
Ok..Tu jer lah. Sebab nak 7 jer kan. Kalau lebih nanti over plak ko. Rasanya ramai yang dah buat task nih. Kalau yang belum tu, boleh lah buat nih. Kalau rasa tak der idea, pon di persilakanlah buat.
Note: 5S tak habis². Mencik ahhhhh.