Solusi Moden untuk Kulit Muda dan Berseri Dengan Juvelook

Tuesday, September 03, 2024

Solusi Moden untuk Kulit Muda dan Berseri Dengan Juvelook Ç€  Memilki kulit yang anjal, lembut, sihat dan tidak kusam adalah Impian setiap orang. Bukan orang Perempuan sahaja yang menitikberatkan soal Kesihatan kulit ni, lelaki juga tidak terkeculi ya. Selain amalan produk pemakanan dan produk penjagaan kulit, terdapat juga klinik yang menyediakan servis untuk merawat masalah kulit untuk kita dapatkan rawatan jika masalah kulit berterusan dan tiada jalan penyelesaian. Antaranya ialah Klinik Dr. Bazilah. Tahu tak yang Klinik Dr. Bazilah ada menyediakan rawatan yang dipanggil Juvelook. Tapi Juvelook tu apa?

Juvelook

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rawatan Juvelook

Juvelook ni merupakan rawatan untuk mengurangkan kedutan halus, meningkatkan keanjalan kulit, memperbaiki parut jerawat dan juga menambah kelembapan pada kulit. Cara rawatan Juvelook ini adalah dengan menggabungkan Poly-D, L-Lactic Acid dan Hyaluronic Acid (PDLLA) bagi membantu meremajakan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan. Untuk mudah faham, dalam rawatan kecantikan tidak semestinya kita perlu lakukan pembedahan untuk jadi cantik kerana Juvelook merupakan sejenis produk pengisi kulit atau dermal filler yang boleh membantu anda jadi cantik. Saya pun tak berani nak bedah-bedah muka ni. Seram rasanya.

Prosedur Juvelook adalah dengan cara suntikan untuk merawat kawasan wajah seperti dahi, bawah mata, pipi, pelipis dan kawasan lain untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kontur muka. Juvelook sesuai bagi peringkat umur 20-an sehingga 80-an. 

Apa Itu Poly-D, L-Lactic Acid dan Hyaluronic Acid (PDLLA)?

Sebelum kita nak membeli sesuatu produk kesihatan kulit atau nak buat rawatan untuk kecantikan, kita kena ambil tahu juga fungsi kandungan bahan yang digunakan dan tujuan nya. Macam Juvelook ni mengandungi gabungam  Poly-D, L-Lactic Acid dan Hyaluronic Acid (PDLLA) didalam nya. Apa Itu Poly-D, L-Lactic Acid dan Hyaluronic Acid (PDLLA) dan fungsinya untuk apa? 

Poli-D, L-laktik Asid (PDLLA) - PDLLA atau Poli-D, L-laktik Asid merupakan bahan biokompatibel iaitu sesuatu bahan yang berkeupayaan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Fungsi Kolagen pula adalah protein yang memberikan struktur dan ketegangan pada kulit. Bila pengeluaran kolagen di rangsang, secara tidak langsung PDLLA memperbaiki tekstur kulit dan membantu untuk meningkatkan ketegasan kulit dalam tempoh masa yang panjang.

Asid Hyaluronik - Ianya merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam kulit yang membantu mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. Saya baru tahu Asid hyaluronic ini ada dalam badan kita dan kira-kira 50% daripada jumlah nya terdapat di dalam kulit. Asid Hyaluronik inilah yang berfungsi sebagai pengisi yang melembapkan dan memberikan volum atau isipadu pada kawasan yang diinginkan dalam Juvelook.

Siapa Yang Memerlukan Rawatan Juvelook

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit, yang ingin memperbaiki penampilan kulit untuk lebih sihat dan buat mereka yang ingin sentiasa kelihatan cantik tanpa perlu menjalani prosedur pembedahan, rawatan Juvelook asalah jalan penyelesaian nya. Terdapat beberapa kategori masalah kulit dan jika anda tergolong dalam salah satu ketogori ini, mungkin dengan rawatan Juvelook ianya dapat membantu.  Antara kategori nya adalah:

Parut Jerawat, Pembedahan dan Stretch Mark - Mereka yang mengalami masalah parut jerawat, parut selepas pembedahan seperti parut czer selepas bersalin dan juga tanda regangan iaitu stretch march ketika mengandung boleh memperbaiki nya dengan rawatan merangsang penghasilan Kolagen.

Kulit Kusam dan Tidak Bermaya - Individu yang bermasalah dengan kulit tidak bermaya dan kulit kusam boleh atasi masalah ini dengan cara meningkatkan kelembapan dan penghasilan kolagen. Dengan Juvelook, kulit tampil lebih sihat dan cerah.

Inginkan Kulit yang Lebih Anjal dan Lembut - Kalau anda nak perbaiki tekstur dan impikan kulit yang kenyal, rawatan Juvelook sangat sesuai kerana ianya membantu meningkatkan penghasilan kolagen, kulit jadi lebih anjal dan lembut serta membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Masalah Kedutan Halus dan Garis Penuaan - Bila usia makin meningkat, kulit pun akan jadi kendur, garis penuaan mula keluar dan kedutan halus akan mula kelihatan. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh pertimbangkan rawatan yang boleh menjadikan kulit lebih licin dan muda serta rawatan yang boleh mengurangkan tanda-tanda tersebut.

Tidak Mahu Pembedahan Plastik - Nak cantik, tapi nak kena jalani pembedahan untuk cantik. Siapa yang berani, boleh lah buat. Untuk orang yang tak berani macam saya ni, lebih rela pilih rawatan Juvelook sebagai alternatif. Hasil nya pun cepat dan tanpa risiko. Kalau operate, selepas  tempoh pemulihan baru nampak hasil.

Kalau masalah kulit anda ada tergolong dalam kategori di atas, boleh lah dapat kan rawatan Juvelook. Tapi majoriti daripada kita memang alami masalah kulit ni. Adalah sangat penting untuk kita dapatkan rawatan dengan doktor pakar yang berlesen dan terlatih dalam bidang perubatan estetik sebelum menjalani rawatan. Seperti Klinik Dr. Bazilah.

Rawatan Estetik di Klinik Dr. Bazilah

Klinik Dr. Bazilah merupakan klinik kulit estetik yang menyediakan rawatan pemulihan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pada mereka yang ada penyakit kulit, masalah rambut dan kuku serta masalah estetik seperti jerawat, pigmentasi dan masalah penuaan, boleh datang ke Klinik Dr. Bazilah kerana Klinik ini diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Juvelook

Kalau anda ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat, boleh dapatkan maklumat di laman sosial media mereka dan boleh hubungi sendiri Klinik Dr. Bazilah seperti dibawah:


Cawangan Klinik Dr. Bazilah

Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005

Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950


You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive