Coach Airways Pertama Di Dunia Berkosepkan Butik Dalam Pesawat

Thursday, June 29, 2023

Coach Airways Pertama Di Dunia Berkosepkan Butik Dalam Pesawat | Sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi kafe dan butik yang unik bagi produk jenama Coach yang pertama di dunia iaitu Coach Airways secara rasminya diperkenalkan di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.


Coach Airways

Selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai yang dilakukan pada pesawat Boeing 747, akhirnya ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 dimana projek ini telah pun bermula pada April 2021. Pesawat kemegahan yang pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1060-an dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci kini menjadi pesawat yang telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertaman di dunia. Semuanya bermula dengan cita-cita dan impian yang tinggi.

    Coach Airways Tarikan Baharu Di Melaka

    Menurut kata Ketua Menteri melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, “Sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024, negeri ini buktikan kesungguhan dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai dan Coach Airways merupakan satu penambahan tarikan baharu di Melaka. Konsep butik ini secara amnya untuk semua rakyat Malaysia dan penduduk di Melaka khususnya dimana ianya lambang kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia selain menjadi tempat membeli belah”

    Coach Airways
    YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka memberi ucapan pada majlis pelancaran Coach Airways.

    Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet, Datuk Julian Lau berkata, “Bagi memastikan pesawat Boeing 747 ini menjadi butik yang unik dan ekslusif bagi jenama Coach, semua pihak yang terlibat untuk menyiapkan pesawat mengikut rancangan yang telah ditetapkan telah berusaha dengan gigih sejak projek ini dimulakan dua tahun yang lalu”.

    Coach Airways

    Tambah beliau lagi. “pelanggan berpeluang untuk meneroka ruang kokpit, kabin penumpang dan ruang istirehat sambil melihat koleksi Coach disamping memberikan pelbagai pengalaman baharu yang unik, kemeriahan, keseronokan kepada pelanggan dengan tarikan terbaharu sejak pembukaan Freeport A’Famosa Outlet ini.”

    Teroka Pesawat Boeing 747 Sambil Membeli Belah

    Reka bentuk pesawat yang luas dengan menitikberatkan nilai kemewahan dan keagungan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu memberikan persekitaran membeli-belah yang selesa disamping dapat menggamit kenangan kerana Boeing 747 yang dulu dikenali ebagai ‘Queen of The Skies kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail. Bagi penggemar pesawat penerbangan dan suka membeli belah, boleh lah bersedia untuk merasai pengalaman yang memukau ini.

    Coach Airways

    Kolesksi barangan Coach yang terdiri daripada koleksi bag, kasut dan aksesori ini sedia untuk dipakai semua golongan sambil pelanggan berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat barangan Coach.   Bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara, sebaik mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat, pelanggan akan diberikan pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan. 

    Coach Airways

    Coach Ekslusif Dengan Simbol Edisi Terhad

    Koleksi Coach yang dicetak dengan symbol edisi terhad pada koleksi nya merupakan keluaran koleksi Coach ekslusif menampilkan piilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan eksesori perjalanan seperti bag bagasi dan dompet kecil.

    “Selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melonjakkan inovasi dan ruang buat para pelanggan meneroka sambil berinteraksi, pembukaan Coach Airways bukan sahaja menandakan pelancaran konsep butik yang pertama seumpamanya, malah juga merupakan detik yang mengujakan bagi Coach selain dari membawakan pengalaman beli belah yang menarik di destinasi beli-belah terkenal di Freeport A’Famosa Outlet Melaka”. Kata Cambell O’Shea, Pengurus Besar Tapestry Southeast Asia & Oceania.

    Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang Diiktiraf Malaysia Book of Record

    Pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Store in An Airplane atau Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato; Dr. Ammar Bin Abd Ghapar yang merakamkan ucapan tahniah kepada Freeport A’Famosa Outlet. Semoga dengan penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka ini dapat menginspirasikan rakyat Malaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia.

    Coach Airways
    Datuk Julian Lau, Pengarah Freeport A'Famosa Outlet menerima sijil KONSEP Runcit PERTAMA DALAM PESAWAT daripada Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi, Buku Rekod Malaysia dan disaksikan oleh (tengah) YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

    Pada awal bulan ini, Coach Airways telah menerima anugerah Pengalaman Peruncitan Yang Unik, ‘Unique Retail Experience’ 2023 daripada Persatuan Taman Teman & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA). Untuk merasai pengalaman beli-belah yang terbaik dari segi fesyen, sejarah dan inovesi, Freeport A’Famosa Outlet antara destinasi wajib dikunjungi.

    Coach Airways Dilengkapi Dengan Ruang Tetamu, Galeri dan Kafe

    Pesawat yang dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari selain ruang butik ini memberi ruang kepada pelanggan untuk mencipta keunikan tersendiri sambil berehat dan menikmati hidangan ringan dalam masa yang samal menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap di ubah suai. Untuk memacu jualan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas, Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan bernilai kepada pelanggan. 

    Coach Airways

    Dengan gabungan butik dan penerbangan, Coach Airways kini bersedia menjadi tarikan global yang memukau pelanggan sekali gus menyemarakkan imaginasi yang lebih unggul. Kalau anda hendak merasai pengalaman membeli belah dalam pesawat Boeing 747 ini, boleh datang ke Coach Airways Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet.

    You Might Also Like

    0 komen



    Labels

    Intellifluence

    Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

    Blog Archive