Dapatkan Telekung GojesMY Dari Sistergojes Empire Di AEON Terpilih

Monday, February 20, 2023

Dapatkan Telekung GojesMY Dari Sistergojes Empire Di AEON Terpilih | Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita akan memasuki bulan yang sangat dinanti-natikan oleh umat islam iaitu bulan Ramadan. Biasanya bila nak masuk bulan Ramadan, kebanyakan dari kita lebih sibuk memikirkan tentang baju raya dan persiapan raya sehigga kita terlepas pandang untuk mencari pakaian solat kita. Pernah tak kita survey telekung? Rasanya mesti jarang kan. Telekung pon pakaian penting kita juga. Ianya ibarat ‘The perfect outfit for your meeting with the Creator, 5 times a day’. Nak menghadap sang Pencipta, kena pakai cantik-cantik kan. 


Rasanya last saya beli Telekung tahun 2020. Lama sangat kan. Dah patut tambah telekung baru. Telekung pon kena lah ada lebih untuk kegunaan dekat rumah, pejabat dan waktu keluar kemana-mana. Saya ada juga survey telekung untuk bulan Ramadan yang akan datang ni. Kebetulan baru-baru ni saya ada jalan-jalan dekat AEON Nilai. Ternampak satu sudut yang menjual pelbagai pilihan telekung dari jenama GejesMY. Produk dari keluaran Sistergojes Empire. Banyak juga pilihan warna dan corak. Harganya juga berpatutaun dan mampu milik.


Harga yang ditawarkan bermula dari RM60 sehingga RM129 mengikut material kain tetapi berkualiti premium. Bukan hanya telekung dewasa, terdapat juga telekung untuk kanak-kanak. Boleh lah beli kalau nak sedondon dengan anak kan. Bukan itu sahaja, telekung GojesMY ini juga boleh dijadikan hadiah buat ibu, ibu mertua, adik beradik atau sesiapa sahaja sempena bulan Ramadan yang akan datang nanti. Boleh pilih jenis Premium kerana ianya didatangkan bersama bersama pakej bag dan giftbox yang exklusif. Selain dari telekung, Sistergojes juga ada menjual perbagai tudung, jubah, sarung tangan (handsocks) dan inner tudung.

Kelebihan Telekung GojesMy

Saya suka telekung GojesMY kerana fabrik nya yang lembut, sejuk dan memang selesa dipakai. Ianya juga tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis kerana material nya adalah dari cotton dan berkualiti. Yang paling saya suka dan buat saya tertarik adalah corak sulaman yang terdapat pada bahagian kepala dan bawah telekung kerana ianya cantik dan kemas. Telekung ini juga kalau tidak pakai anak tudung pun tidak mengapa kerana ianya cantik melekap pada muka. Memang susah juga nak buat pilihan sebab terdapat beberapa warna dan corak yang menarik perhatian mata saya. Rambang mata dibuatnya.


Dapatkan Telekung GojesMy Di Rangkaian AEON Terpilih

Kalau anda ingin mencuba sendiri keselesaan telekung GojesMY ini,  anda boleh membelinya di rangkaian AEON terpilih pada senarai dibawah :

  • AEON Tebrau
  • AEON Permas
  • AEON Bandar Dato Onn
  • AEON Taman Universiti
  • AEON Taiping
  • AEON Nilai
  • AEON Shah Alam
  • AEON Wangsa Maju
  • AEON Taman Maluri
  • AEON Kuching Sentral
  • AEON Cheras Selatan

Beli Telekung Dan Menang Hadiah Wang Tunai 

Nak menang hadiah wang sehingga RM9999 dalam bentuk tunai? Beli telekung dan anda berpeluang untuk jadi pemenang. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah ini:

  1. Beli produk SISTERGOJES dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  2. Semak Approval Code yang tertera
  3. Jika terdapat 2 dijit atau 3 digit nombor yang sama, anda layak untuk memenangi reward tunai. Contohnya APcode R72111 bersamaan dengan RM111
  4. Like & follow page dan sertakan resit pembelian
  5. Mana tahu boleh menang sehingga RM9999 dalam bentuk tunai. 
  6. GOJES BONANZA sah sehingga 31 Mac 2023

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk Sistergojes Empire dan juga berkenaan dengan peraduan yang dianjurkan, boleh layari website mereka di:

Instagram: https://instagram.com/gojesmy_premium

Facebook: https://www.facebook.com/telekungpremiumsg

Shopee: https://shopee.com.my/sistergojes


You Might Also Like

1 komen

  1. Syoknya! Selalu beli online, yg ni boleh belek-belek dulu sblm beli...hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive